Friday, March 16, 2007

Sepanjang 2006 ini

Waaa!!!! Dah lama betul tak update blog nih. Walaupun still ok, tapi sudah lama dibiarkan 'berabuk' begitu saje. Camne nak buat.. asyik terlupa je kewujudan blog ni. Ingat yg kat friendster je. Tapi, nanti bila pi tempat yang block friendster, nak tak nak kena lah update blog yang ni gaks..

Wokeehh..

Let's give a summary untuk event 2006.

Well.. (garu kepala yang tak gatal) awal januari tu baru jer bergelar tunangan orang. Masuk februari dah sibuk-sibuk buat tempahan pelbagai perkara berkaitan majlis walimatul urus. Kerja lab.. tgh cuba dihabiskan.

Bulan mac ke bulan mei, sibuk giler dan tup tup, dapat panggilan kerja pula tu! Waahh.. rezeki orang nak kawen kot!

Bulan jun, pi lapor diri pastu minta tangguh masuk kerja sebab nak kawen dulu laa!!! Heheehee... takkan la nak postpone majlis akad kan.. So bermula episod baru dalam hidup, bergelar isteri orang.

Bulan julai, start keje dan mula masuk kursus PJJ - perkahwinan jarak jauh bak kata Kak Is (x-housemate). Then sampai sampai bulan ogos, kena buat attachment kat state hospital, kena pi BTN then akhirnya dapat pula pi induksi.

Raya puasa di rumah mertua (ahaaa... first time ever la nih) then raya haji kat rumah parents (sebab tak dapat balik johor disebabkan banjir). Tak lupa juga peristiwa terkandas time 1st wave banjir kat jaybee.

Masuk tahun 2007..

awal-awal tahun kena cuti panjang sebab nak hantar tesis. Waa... tak cukup tido beb! Tak apa la. pasni bleh concentrate buat kerja.

Sampai la skrg ni, memang bz giler kat tempat kerja. Lebih-lebih lagi buat masa ni di'pinjam'kan ke tempat lain. Pheww... boleh tahan juga. Tapi bagus juga la, boleh la belajar macam-macam perkara kat sini, ye laa macam-macam ada!!