Wednesday, November 04, 2009

Ais X Nasi Goreng

Semalam pergi ke Wisma sebab ada urusan (tiada kena mengena dengan pengurusan mahupun perkhidmatan). Alang-alang sampai pada waktu tengahari, terus menikmati juadah tengahari di sana.



Yang ini menu pilihan teman sekerja untuk membasahkan tekak yang kering. Ais jagung nyam-nyam..(Kalau dalam Cafe World, bunyinya jadi nom..nom..nom..)



Yang ni pula pilihan di hati. Ais jeli kaw-kaw. Perrgh.. sejuk je tekak dibuatnya..




Untuk mengalas perut, teman sekerja memilih nasi goreng kampung cendawan. Banyak daa cendawan dia..




Diri sendiri pula tak lari dari menu favourite di sini, nasi goreng daging masak merah. Haha... masa untuk makan!!!

Wednesday, September 30, 2009

Kemaruknya..

Sudah berdebu laman blog. Sibuk?? Hmm.. kerja banyak tu, mesti la ada. Kalau tak ada pelik juga. Tapi sebenarnya sibuk berkebun di alam maya. Hehe.. tu la alamatnya bila terkena penangan laman sosial (baca: FB). Suka dan tertarik sebab boleh pula memberi hadiah kepada orang dan menerima hadiah untuk digunakan di dalam kebun. Tapi bila tengah kemaruk bermain, tetiba ada masalah nak access kebun, wah!! haru biru dibuatnya. Pernah, gift box tak boleh dibuka, menimbun 30++ hadiah dibiarkan sahaja. Ye la, bila terima, tak boleh pakai buat sakit hati saja. Bila dah ok semula, penuh kebun dgn macam-macam hadiah yang diberi. Bagus juga, dalam sekelip mata sahaja kebun dah berubah wajah.

Nak tau kenapa ada entry ini?? Sebab dah masuk 2 hari tak boleh buka kebun!! Waaaa!!!!

Monday, July 27, 2009

Sekotak koleksi DVD anime

Hujung minggu ni, suami isteri sama-sama naik asyik dok tengok dvd masing-masing (bergilir-gilir la). Hubby sibuk tengok koleksi cerita perancis 'Taxi' sambil buat side-project dia. Saya pula menyempatkan diri 'merasmikan' koleksi Ghibli Studio yang baru dibeli. Sebenarnya tak rancang pun nak beli. Mungkin sebab tengah boring giler, bila singgah ke kedai cd, eh eh.. terus laju je buat pembelian.


Dari My Neighbor Totoro sampai Ponyo. Ada sebahagian cerita bukan hasil Ghibli, tapi dimasukkan sekali. Tak apa lah. Boleh layan aje.


Bila dibelek-belek kotak koleksi dvd tu, hubby pun berkata: 'Brapa banyak Ponyo daaa???' (Sebab sebelum ni dah beli 2 dvd Ponyo, yang jelas giler copy panggung sebab nampak ada orang bangun!)Saya pun menambah lagi:' Ha ah eee.. (nada suara memerli).. ada brape banyak Pom Poko, Nausicaa, Laputa, Grave of Fireflies ee?? Itu koleksi awak, yang ni saya punya. Nak cari satu-satu bukannya senang sekarang ni. 'Oleh kerana banyak sangat cerita, saya pun memilih beberapa cerita secara rambang. Bila menonton Totoro, si kecil seronok betul menonton. Ye lah, sebab dalam cerita tu, dua orang budak perempuan tu buat seperti mana budak-budak sepatutnya buat: melompat sini sana, menjerit gembira sambil explore tempat baru. Lepas tu watak Totoro dan Catbus. Keluar le watak Bas Catbus, sibuk betuk Amin dok mengajuk bunyi kucing. Lepas tu tercari-cari si Amok. Suka benar budak seorang ni dengan kucing.

(Gambar Satsuki dengan Totoro dan Catbus@Neko basu)

Sebelum ni dah pasang Ponyo, tapi tak la ada respons macam ni sekali. Agaknya, ikan ni kurang menarik untuk si kecil, walhal colouring dia memang jenis kontras giler.(Ponyo dan adik beradiknya. Cerita ni memang sangat berwarna-warni!)

Lepas ni ada la modal nak pujuk budak. Pasang saja Totoro!

Thursday, July 23, 2009

Jamuan yang meriah

Pertama kali meraikan staf di unit sendiri yang akan bersara (setakat ini selalunya bertukar ke tempat lain), jadinya satu jamuan diadakan. Haa... kali ini memang tak join dalam bab-bab menu makanan, jadi sebagai ganti, kena lah jadi MC acara. Ye la.. tak sempat nak menyumbangkan dessert jadi offer diri menjadi juruacara majlis.Pelik lagi musykil sebab bila tiba harinya, tak sangka-sangka menjadi meriah sungguh suasana dibuatnya. Siap rasa macam buat open-house sempena lebaran (padahal time raya tak lah se'grand' macam ini). Sampai ada terdengar suara di belakang sana:'kalau kita bersara nak sambutan macam ni juga lah!'Bab makanan memang meriah. Apa kata layan dulu gambar dibawah ini...
 Majlis kali ini siap ada banner you!
Meja siap ada bunga hiasan lagi...Nak tau ke kek ni buat apa??Kek ni telah diplankan untuk dipotong oleh staf yang dirai selepas menerima hadiah persaraan. Err.. hadiahnyer tak sempat nak di'snap' dan upload. Sebab masa tu semua tgh dok sibuk kesat airmata.. Baik yang dirai, mahupun yang meraikan sekali. Huhuhu..
Inilah barisan hidangan yang cantik disusun ala-ala rumah 'open-house'. Memang grand dibandingkan dengan jamuan yang selalu diadakan sebelum ini.Haa... ni dia main course utama hari ni. Mee kari spesial homemade punya. By request oleh bos. Nyum-nyum..

Bahagian yang direserved untuk mee kari & aksesorinya.Kek coklat siap dgn fresh strawberries. Staf yang menyumbangkan kek ini dan kek utk dipotong tu sebenarnya MC pada hari jamuan. Tapi disebabkan nak meraikan staf yang bersara ni, sanggup datang ke tempat kerja pada hari tersebut. Alamak... terharu dibuatnya..Kek dan buah-buahan yang disediakan untuk semua.Buah kiwi, oren dan anggur..Haa.. popia limited edition. Sekejap gak dah licin.Kek coklat, popia dan chicken sandwiches.Sandwich disponsor oleh teman sekerja. Ada dua jenis, satu chicken sandwich, lagi satu egg sandwich. Mana satu pun tak tau, sebab dah lumpsum  terus dalam tray.Sandwich ni hasil 'kerahan tenaga' student yang tengah praktikal di tempat kerja. Dikerahkan lah dulu tenaga, barulah boleh join sama-sama menjamu selera..Ha.. ni puding hasil air tangan bos. Ni pun sumbangan bos. La ni bila jamuan start, dok statik kat area ni jer. Takut habis (saya ni gemar dessert macam ni).Memang sedap dan memang puas pulun dessert nih! Bila nak makan mee kari, dah penuh lak perut dengan puding tuh. Waaa.... memang betul-betul makan sakan lah hari tu. Cuma yang tak cukup sate je, tu pun tempah sket. Nasib dapat rasa gaks. 


Puas... puas makan!! (dan jarum penimbang berat pun semakin ke arah kanan...)

Friday, July 10, 2009

Blog, oh... blog!!

Errrgh...

Sabar, jo... sabar.

Sebelum ini tak dapat melayari laman sosial seperti facebook dan friendster dari tempat kerja, faham lah. Laman sebegini selalunya menjadi tempat staf menghabiskan masa berhubung dengan member-member yang bersepah merata tempat selain 'kerja-kerja sampingan' (baca: Lil Green Patch, Mafia Wars etc.). Selain itu tempat sebegini juga lah yang senang merebakkan virus/trojan dan seangkatan dengannya. Haha.. memang tak produktif betul kakitangan kerajaan seorang ni.

Sebagai ganti, aktiviti berblogging yang telah lama terkubur mula kembali aktif. Ye la, tak dapat buka FB, boleh juga feed dari blog masuk FB. Sekurang-kurangnya member kat FB adalah mendapa khabar berita. Jadinya, bila ada kelapangan masa, blog pun dimuatkan dengan cerita ceriti walaupun hakikatnya telah lama berlaku, masih belum lapuk untuk dikongsi bersama.

Tapi sepanjang minggu ini bila cuba buka laman blog, dah kena sekat. Waaaa... kritikal otak dibuatnya. Sebenarnya bukan tak boleh buat kat rumah, tapi bila nak dapat feeling, mula la si kecik datang tolong (tolong taip ntahapantah). Lepas tu, broadband modem lak selalu dalam simpanan hubby, orang yang ultra-perlukan-sesangat-guna internet berbanding diri sendiri. So, kalau dia dah seminggu kena outstation... mati kutu la dibuatnya. Nak ambil second modem, rasa membazir la pula sebab gerenti jarang nak online selalu. Zaman meleset ni tak elok la nak membazir yang tak perlu (tapi beli kasut dua pasang tak membazir pe, buat pergi kerja pun, bukannya simpan dalam kotak jer).

Nampaknya, kali ini memang kena cari masa yang sesuai untuk berblogging bila di rumah. Ntah entah, baru je buka pc, mata pong terlelap terus!!

Wednesday, June 17, 2009

Panorama: black & white series

Post ini merupakan sambungan daripada post yang ini. Sebab dah lama sangat, kebanyakan gambar ni dah ingat-ingat lupa ambil kat mana..



Nostalgia sungguh bila tengok bangunan gaya ini masih lagi tersergam indah.



bangunan kayu lama..



Masjid di pekan Tapah. Teringat masa dedulu waktu buat research asyik pi Ipoh je setiap bulan. Bila dapat pakcik driver sorang tu, suka betul dia singgah makan kat gerai bersebelahan dengan masjid ni.



Rasanya ni bangunan balai polis lama kat Tapah.. lupa daa..



Yang ni pun sama. Nampak ciri-ciri bangunan kolonial.



Gambar ni diambil sebab suka tengok rumah lama Perak.



Deretan kedai di Bidor.



Ni pun bangunan kedai lama di Bidor.



Di persimpangan dalam pekan.



Bangunan masjid klasik di Bidor. Masa ni rasanya tengah direnovate.

Bila dah dapat...

Bila sebut pasal makanan, setiap orang mesti ada makanan yang dia paaaliiing suka, suka , biasa-biasa saja, tak makan pun tak apa sampaaaiii ke tahap bau saja langsung dah mabuk. (ehehee... macam kitorang adik-beradik mabuk bila bau durian). Jadinya, kalau bau itu harum pada seseorang, tak semestinya wangi juga pada hidung orang lain. (contoh sama lagi: durian laa). Dan kalau sampai tahap kemaruk sangat/benci sangat, bila bau atau ternampak kelibat makanan tu, tak kira lah secara nyata atau maya (eg. tv ker, kertas iklan ker), pasti dah teringat-ingat rasanya/ dah mula rasa loya nak muntah. (errkkk.. tak ler sampai muntah ee.. saya cuma pening kepala jer especially jika bau tu semerbak sangat) Haaa... betapa kuatnya penangan makanan ni. Sampai hilang waras boleh dibuatnya manusia! Walhal, makanan tu kalau ikut kata orang, masuk perut keluar jadi 'hampas' sama jer.. :))

Ada orang pun pada mulanya tak suka, alih-alih suka la pulaknya. Ikut angin perubahan kot.. Macam saya gaks. Masa kecik-kecik, paling tak suka kalau mak buat tomyam. Ishh.. tak ada masakan lain ker mak nak buat. Tapi, entah macam mana, boleh pula layan selepas satu tempoh masa. Jadi favourite la pula tu bila pi makan kat luar. Pelik juga dibuatnya. Itu tak apa lagi. Ada satu masakan yang memang dulu tak suka pun rasanya, alih-alih jadi kemaruk dibuatnya. Nak tau apa? Acar buah!

Ye.. acar buah. First time diperkenalkan kepada masakan ini masa sekolah menengah. Time tu ada jiran rajin masak. So dia suka la bagi sket ke rumah kitorang. Bila dia bagi satu botol nescafe besar berisi acar buah, my mind terfikir ' huk aloh.. amende la acik ni bagi ni? Bukan sedap pun.'

Pada masa tu, rasanya pedas dan berempah sket. Memang tak masuk dengan tastebud pada waktu tersebut. Bila tengok mak dan abah menikmatinya bersama sepinggan nasi panas dengan mimik muka yang penuh berselera, tak timbul pun rasa di hati nak mencuba juga. Cukup aje lah, makanan lain banyak lagi.

Sehingga lah pada satu masa.. masa tu kenduri kahwin pak usu saya. Time tu kenduri kahwin kat kampung masih lagi pakai makan hidang, satu dulang berisi lauk untuk 4 orang makan. Dulang berisi lauk tu memang bersilih ganti, tapi ada bekas kaca (bekas kuih raya rasanya tu) statik tak beralih-alih dari setiap meja. Bila intai di dalam.. larr... acar buah ke. Entah macam mana berlaku, cuit la sikit masuk ke mulut. Hmm.. sedap la pula. Tak lah pedas sangat, buah jeruk tu pun sedap rasanya (masa tu memang tengah hantu asam /jeruk buah-buahan). So, dengan tetamu yang semakin berkurangan, saya pun culik satu bekas acar buah. Sedar tak sedar... habis!!

Maka bermulalah obsesi terhadap acar buah. Rasanya dah masuk 12 tahun gilakan menu itu. Balik rumah kalau tak ada lauk, boleh bertambah 2-3 kali nasi hanya berlaukkan acar buah sahaja. Punyalah kemaruk dengan masakan ini sampai masa kahwin, makcik dah standby satu bekas dengan acar buah khas untuk saya! Fuyoo... sedapnya tu!!

Dan kemaruk terhadap acar buah membuatkan saya bermuka tebal dan dengan tak malunya jadikan bekas acar buah tu macam sendiri yang bawa. Nak tau sebab apa saya cerita pasal acar buah kali ni??

Sebab pagi tadi baru je tak sedar diri bedal acar buah yang staf letak kat pantry masa breakfast. Bayang kan... ada ke orang makan nasi kerabu berlauk acar buah??? Hahhaha... kata orang sekarang, kemaruk tahap dewa!!!

Thursday, June 11, 2009

Kami & Uncle Jo's

Again... posting cerita lama.. Tapi kali ini pasal makan la pula.

Accidentally makan kat sini. Sebab pertama: masa tu baru je lepas cabut gigi geraham kecil. Susah beno nak kunyah makanan. So, masa jalan-jalan di Sutera Mall, hubby pong ajak masuk sebab ada menu "BUBUR". Ahaa!!! Memang makanan orang tak boleh guna gigi sangat!


Sori daa... lupa nak snap sebelum menikmati juadah. Dah lapar sangat ler katakan. Nasi lemak sotong ni hubby punya bahagian.


Yang ni makanan untuk orang yang tak boleh mengunyah dengan senang hati. Sedap pula rasanya (or maybe sebab dah lapar sangat kot!). Tapi memang mengimbau kembali zaman kecik-kecik dok kat Jakarta makan bubur ayam kat dengan sekolah dulu. Sedap!!!


Alaa... Min dapat susu aje ker??
*masa ni baru lepas bedal sebiji ban beli di Season*


Sekali lagi menikmati bubur, kali ni masa pi shopping di Tesco Tebrau. Dapat juga meng'snap' sebelum makan. Haha.. yang ini share dengan Min. Fuh... tak cukup-cukup betul budak sorang ni makan! Tapi lupa pula nak ambil gambo bahagian hubby. Sibuk menyuap si kecik la!


Macam biasa, botol susu tak lepas. Ish.. ish.. ish.. muat sungguh perut si kecik ni lepas bedal bubur nasi separuh mangkuk!

Action! Meh amik gambo...

Dah lama dah gambar ni.. baru jer tergerak nak dipost kat sini. Masa ni tengah shopping di Sutera Mall.




tsk..tsk..tsk..excited sungguh bujang sorang ni.



Tak perasan pula muffin banana almond kat depan mata tu tak ada.. Dah habis diborong orang sebelum ni kot!

Friday, May 29, 2009

Shopping lagi..

Kata orang, orang perempuan ni gemar shopping. Tak kira lah usianya berapa tahun, berapa tahap kewangannya dan sebagainya.. yang pasti perkataan shopping itu terlalu 'melekat' pada orang perempuan.

Ye ke?

Hmm..

Situasi umum pada tengahari Jumaat. (Baca: hari bekerja, bukan cuti kelepasan am) Shopping complex diserbu kaum Hawa, terutamanya para ibu membeli-belah untuk keluarga. (BACA: Saya baru balik dari shopping sempena Member's Card di UO Angsana). Bila ada sahaja perkataan SALE terpampang, pasti akan ditemui orang perempuan tengah membelek-belek item berdekatan dengan poster "70% Discount", "50% Discount" dsb. Mula-mula belek-belek sahaja. Lepas tu mula cari item yang kat sebelah bawah. Selongkar. Kalau yang rajin (macam saya! :P) takkan biar bersepah, cuba susun/lipat semula.

Tapi kalau dah ramai sangat ibu-ibu selongkar cari baju, mana la sempat nak susun semula, ye dak?? Masa ini lah masa 'mencari permata dalam longgokan kaca'. Semua main pakat tarik je. Itu belum yang berebut-rebut serbu barangan yang tengah sale. Whoaaa... macam semut kerumun gula rupanya.

Kenapa mesti beli masa sale? Waktu lain kan boleh?

Sebab kenapa beli hari ini:

a) Member Card day. Bila time macam ni, harga dah murah lagi murah. Macam tadi, baju budak (bawah 3 tahun) sepasang harga sale RM10. Khusus untuk member dapat RM5. Justifikasi untuk beli banyak-banyak: Sebagai baju basahan/harian. Sekarang ni cepat sangat melekit badan si Amin ni. Baru pukul 11 pagi dah lencun belakang baju dia. Almaklum, tengah dalam fasa seronok 'baru dapat kaki', satu rumah di tawaf. Belum lagi bila ada dengan kawan-kawan. Ligatnya bermain... Beli sepasang RM5, kalau beli 5 pasang baru RM25. Ok pe!

b) Budak cepat membesar. Baju mahal-mahal (Justifikasi mahal dalam kamus saya untuk baju budak: harga RM16 ke atas, bergantung jenis/kualiti/jenama baju tersebut) sekejap je dah jadi kecik. Kalau beli pun, kena oversize. Nanti baru la dapat pakai lama sikit. Untuk baju harian, lebih baik pakai baju murah-murah. Kalau tak sempat nak pakai banyak kali, tak le rasa ralat. (Baca: ye.. dah pernah jadi. Sayang betul baru je pakai dua kali dah sempit pula sebab kebanyakan waktu 'tak sesuai' nak pakai baju mahal tu). Kalau nak beli baju mahal-mahal pun, time ni sesuai sangat sebab dapat harga yang reasonable di mata kita.

c) Kalau nak pi esok, belum tentunya dapat beli macam ni. Sebab kalau keluar time weekend, mesti la keluar sekeluarga. Bila sekeluarga, macam-macam aktiviti perlu dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Mana la sempat nak menyelongkar baju dalam timbunan "SALE" bila budaknya dah meragam kepenatan?? Hari ini memang sesuai sebab kita seorang saje yang shopping. (BACA: Tak akan lihat scene hubby muncung sedepa tunggu kita shopping baju budak sahaja hampir sejam).


Yang bestnya pembelian hari ini, jumlah belanja setakat RM 46.90 je!

Rindunya kami....

Setelah sekian lama menjadi 'teman baik' kepada staf yang buat on-call selain 'mengharumkan' lokasi-lokasi strategik di ofis ini, Cik Musang Pandan (Cik MP untuk panggilan ringkas) akhirnya menampilkan dirinya kepada khalayak umum. Glamer you! Semua orang sibuk nak tengok kelibat dia. Ye lah, famous lah katakan. Sangkar yang disediakan oleh orang Perhilitan dia tak pandang pun.


(Cik MP:Hello..., besar sangat la!!! Tak padan dengan I yang comey nih!!)

Dia cuma tengok sangkar comel yang disediakan oleh pihak konsesi.

(Cik MP: Ha.. ni barulah sepadan dengan saiz I.. Baru la nampak cute)

Itu pun, rasanya setelah berkira-kira nak landing kat situ.

(Cik MP: Memang pun, kesian sangat le kat diorang ni. Mana taknye, dah lama sungguh beria-ia jemput I masuk dengan macam-macam hidangan best-best tau! I jer yang buat dono..)

So, tanpa berlengah-lengah lagi, Perhilitan dihubungi. Dan diorang datang, Cik MP pun dibawa untuk di'relocation', jauh dari tempat ini. Bye Cik MP!!


(Cik MP: Bye sume..!! Rindu la dgn korang nanti.. )



Dah dua minggu Cik MP tiada di sini. Memang rindu.. rindu pada bau pandan dia..(^_^)





Thursday, May 28, 2009

Cacamarba: Nite bite into the Net

Kali ini dapat berblogging pada waktu malam. Sebenarnya tengah frust tak dapat bukan laman sosial (ala.. FB dgn FS laa). So sambil-sambil mencuba, layan la lagu yang ada di dalam PC di rumah.

Ahaa.. kali ini layan jiwang dengar lagu-lagu lama:
Air Supply - Goodbye
Chicago- Hard to say I'm sorry

Selain itu boyband dari UK:
A1- Same Old Brand New U

Dan juga lagu-lagu jepun yang selalu dimain time buat kerja kat ofis:
My Little Lover - Destiny
Utada Hikaru - Automatic
Kiroro - Best Friend

ye yeaaaa *background effect Amin keseronokan main bola dengan Abah*

Thursday, May 07, 2009

Ye yeah.. Mak Lang kahwin: perjalanan balik ke Taiping

Bulan Mei menjelma. Seperti yang telah tercatat dalam kalendar, perjalanan pulang naik ke negeri Perak dilakukan (lagi sedap kalau sebut turun ke Perak.Tapi tak munsabah lak bunyinya sebab travel dari jb naik ke kl, pastu naik ke Taiping). Balik sebab nak meraikan Mak Lang membina masjid.

Seperti biasa, mesti transit di KL. Lagipun, atuk dan nenek Amin pun nak ikut sama-sama memeriahkan majlis. Kali ini, Pak Ngah join sekali. Ok juga, konvoi 2 kereta.

Abah Amin dengan Pak Ngah dan Mak Ngah sekereta (plus barang-barang yang macam-macam di dalam bonet dan di tempat duduk belakang). Kali ini Amin dengan uminya join kereta atuk.

Bukan main lagi tayang kaki nak tunjukkan kasut baru. Budak baru 'dapat kaki' macam ni lah.


Kali ini atuk ikut kereta Abah amin lak. La ni kat highway right before lencong masuk ke Slim River. Sesak teruk kat highway, lagi slow dari ikut jalan lama. Masa nak masuk tol pun sesak giler. Nasiblah dah ada kat touch n go. Kalau tak lagi le membazir masa nak bayar tol.


Fuyoo... hensem tak saya??
Amin bergaya dengan spek oren Kakak Imahnyer..



Alamak, mengamuk lak si Amin nih. Ye lah, tension betul dia kena duduk kat baby carseat lama-lama. Panas pula tu (even atuk dah buka aircond kuat-kuat).


Oleh kerana kesesakan yang teruk di highway, tak ada mood lak nak ambil gambar sepanjang perjalanan. Tapi gambar di atas ni selepas keluar semula ke highway dari Gopeng. Haikkk.. laju jer sumer kereta. Tak sesak pun highway tang sini..


Ni kat pekan Bidor. Pun jam sebab biasalah, masuk pekan lama jalan bukannya lebar sangat.

Masjid di Tapah.



Haaa... ni dia hospital Tapah. Tapi kalau tanya sebelah mana, memang tak perasan. Tu lah, tak memandu mana nak ingat kat mana lah tempat tu.

Friday, April 24, 2009

Satu waktu pada tengahari Jumaat

Eerrrgh...

Mata naik buntang dok tengok skrin sepagi. Buat kerja redundant memang tension.

Friday afternoon break: Lepas lunch nasi ayam, pekena vadai (nampak tak plastik atas meja tu?). Meja bersepah.. well, tak larat nak kemas sebab nanti bersepah lagi. Haha...kejap lagi bila cari surat atas meja tak jumpa. Relaks kejap, layan dulu media player tenangkan otak.

lagu-lagu dalam senarai playlist:

  • Situasi - Bunkface
  • Beautiful Life - B'z
  • Best Friend - Kiroro
  • Destiny - My Little Lover
  • Mirai - Kiroro
  • Dan Sebenarnya - Yuna
  • Automatic - Utada Hikaru
  • Time to say goodbye - Andrea Bocelli & Sarah Brightman
  • Juliet - Seo Taiji
  • Lucky - Jason Mraz feat. Coblie Caillat
  • You and Me Song - The Wannadies
  • Quando, quando, quando - Winterplay
  • Love is weaken when it comes out of mouth - Low-End Project


Nampak tak banyak kertas terselit bawah keyboard?? Another fav spot where those missing letters/documents chilling out.. Buat kelam kabut jer.

Black pump: 'uniform' kaki setiap hari. Well, bukannya tak nak cari kaler gold ker, platinum ker.. my taste memang terlalu klasik!