Friday, December 12, 2008

Pisang oh... pisang


Favourite tea time snack, sarapan pagi dan bila-bila masa: goreng pisang.
Yum! Yum!

Rasanya hampir kesemua orang suka menikmatinya, kalau tak pun, mesti pernah merasanya. Teringat masa belajar dulu, budak-budak lab suka bebeno beli goreng-goreng ni. Dari Bangi sampai lah ke Johor Bahru, goreng pisang ni selalu tak miss dari senarai menu diet harian.

Kelazimannya bila singgah ke kebanyakan gerai, pisang nipah menjuarai senarai top seller berbanding pisang lain. Sama ada pisang ni lebih senang didapati ataupun cuma ada bekalan yang ini sahaja, tidaklah dapat dipastikan. Namun, yang bestnya sekarang ini boleh menikmati pisang tanduk kalau ke Mawar (gambar atas). Cuma kerana tak sanggup nak tunggu barisan, jarang lah pi Mawar semata-mata nak makan goreng pisang tanduk. Untungnya bulan ini tengah cuti sekolah, aman lah sikit nak ke sana.

Biasalah kalau beli goreng pisang di kat Johor ni, mesti ada sambal kicap. Kalau tak ada, mesti ditanya lah kenapa tak ada.


Bila bercakap pasal pisang tanduk, teringat masa hubby nak beli goreng pisang dan ubi satu ketika dulu. Dimintanya ubi, tapi jarinya lurus menunjuk ke pisang tanduk!!
(mata tertipu ingat hirisan pisang tanduk tu ubi lah agaknya)


(^_^)

Monday, December 01, 2008

Buku X Animemovie

Walaupun telah berubah gelaran sebanyak dua kali (pertama menjadi isteri, kedua menjadi ibu), masih ada beberapa perkara yang tetap melekat bagaikan teritip di batu karang. Pertama: buku cerita. Ha.. yang ini agak-agak tenggelam timbul sikit. Keluarga mahupun suami sudah maklum sangat tabiat membaca ini. Ye lah, bila buku sudah di tangan, secara automatiknya sudah 'terbang' ke alam fantasi. Lepas tu susah betul nak kembali ke alam nyata. Berduel bersama-sama Harry dan yang lain-lain dalam Hogwarts Battle menentang Voldemort dan Death Eaters, mengikut Artemis Fowl dan Holly Short dalam misi menyelamatkan dunia 'Fairyworld' daripada rancangan Opal Koboi atau berlari-lari bersama-sama Tiffany Aching cuba melepaskan diri daripada the Queen untuk kembali ke Discworld. Hmmm... seronoknya bersama-sama watak ini dalam ceriteranya.

Tapi..

'amekk... amekk..'

Alamak.. Amin dah menangis la pula.

Maka kesimpulannya: terpaksa menghadkan waktu membaca, atau tidak langsung membaca buku cerita (dan kad ahli Popular pun telah tamat tarikh lakunya).

Jadi perkara kedua inilah yang masih segar malar aktivitinya: Anime.

Iya.. saya tahu. Sudah tua masih tengok kartun. Err.. excuse me. Cartoon yang dihasilkan daripada orang putih kurang dilayan, kecuali Avatar: the legend of Aang (ini kerana ceritera dongeng Asia yang adventurous penceritaannya). Kalau yang lain macam The Winx club.. sori la. Itu kalau ada anak perempuan rasanya baru la boleh join sekali. Kalau layan pun, rasanya macam Tintin atau Asterix & Obelix sahaja lah yang masuk dalam senarai.

Kebanyakan dalam senarai favourite adalah anime jepun. Mula-mula daripada tv series, seperti Card Captor Sakura (CLAMP product memang kawai!), Samurai X @ Rurouni Kenshin, Slayers dan Dragon Ball. Mecha series (siri robot) pun rasanya dulu tertunggu-tunggu Patlabor saja. Ingat lagi masa form 4 ke form 5, terburu-buru kejar bas nak balik rumah sebab nak kejar siri Daddy Long Legs. Banyak episod termissed sebab ada kelas tambahan dan bas pun lambat tiba di bus stand.

Iya.. orang kata kartun itu untuk kanak-kanak. Tapi, macam mana nak buat bila dapat tahu suami kaki download anime daripada fansite (zaman bujang dia la..). Hah!! Kerana dia lah bertambah-tambah minat menonton anime. Daripada Naruto ke Yakitate! Japan (atau Pantasia) ke Bleach dan... faham-faham lah ye. Kemudian bermastautin berhampiran tambak johor. Aduh... lagi la bertambah-tambah minat walaupun tak dapat mengikuti setiap malam rabu, khamis dan jumaat dengan tetapnya. Dan semenjak ada perubahan tv channel, lagi la mata tertancap di kaca tv setiap sabtu malam dan ahad malam (jika ditayangkan anime movie). Setakat ini cuma dapat mengikuti Brave Story dan the girl who leapt through time. Ada juga termissed beberapa anime sebab travelling ke sana sini. Jadinya, minat yang ini susah lah nak hilang!

(Misi terbaru: mencari anime movie yang dah menang award atau tersenarai sebagai calon. selalunya yang macam ini seronok ditonton dan dibuat koleksi selain daripada hasil Ghibli Studio macam Brave Story dan Steamboy.)