Friday, December 12, 2008

Pisang oh... pisang


Favourite tea time snack, sarapan pagi dan bila-bila masa: goreng pisang.
Yum! Yum!

Rasanya hampir kesemua orang suka menikmatinya, kalau tak pun, mesti pernah merasanya. Teringat masa belajar dulu, budak-budak lab suka bebeno beli goreng-goreng ni. Dari Bangi sampai lah ke Johor Bahru, goreng pisang ni selalu tak miss dari senarai menu diet harian.

Kelazimannya bila singgah ke kebanyakan gerai, pisang nipah menjuarai senarai top seller berbanding pisang lain. Sama ada pisang ni lebih senang didapati ataupun cuma ada bekalan yang ini sahaja, tidaklah dapat dipastikan. Namun, yang bestnya sekarang ini boleh menikmati pisang tanduk kalau ke Mawar (gambar atas). Cuma kerana tak sanggup nak tunggu barisan, jarang lah pi Mawar semata-mata nak makan goreng pisang tanduk. Untungnya bulan ini tengah cuti sekolah, aman lah sikit nak ke sana.

Biasalah kalau beli goreng pisang di kat Johor ni, mesti ada sambal kicap. Kalau tak ada, mesti ditanya lah kenapa tak ada.


Bila bercakap pasal pisang tanduk, teringat masa hubby nak beli goreng pisang dan ubi satu ketika dulu. Dimintanya ubi, tapi jarinya lurus menunjuk ke pisang tanduk!!
(mata tertipu ingat hirisan pisang tanduk tu ubi lah agaknya)


(^_^)

Monday, December 01, 2008

Buku X Animemovie

Walaupun telah berubah gelaran sebanyak dua kali (pertama menjadi isteri, kedua menjadi ibu), masih ada beberapa perkara yang tetap melekat bagaikan teritip di batu karang. Pertama: buku cerita. Ha.. yang ini agak-agak tenggelam timbul sikit. Keluarga mahupun suami sudah maklum sangat tabiat membaca ini. Ye lah, bila buku sudah di tangan, secara automatiknya sudah 'terbang' ke alam fantasi. Lepas tu susah betul nak kembali ke alam nyata. Berduel bersama-sama Harry dan yang lain-lain dalam Hogwarts Battle menentang Voldemort dan Death Eaters, mengikut Artemis Fowl dan Holly Short dalam misi menyelamatkan dunia 'Fairyworld' daripada rancangan Opal Koboi atau berlari-lari bersama-sama Tiffany Aching cuba melepaskan diri daripada the Queen untuk kembali ke Discworld. Hmmm... seronoknya bersama-sama watak ini dalam ceriteranya.

Tapi..

'amekk... amekk..'

Alamak.. Amin dah menangis la pula.

Maka kesimpulannya: terpaksa menghadkan waktu membaca, atau tidak langsung membaca buku cerita (dan kad ahli Popular pun telah tamat tarikh lakunya).

Jadi perkara kedua inilah yang masih segar malar aktivitinya: Anime.

Iya.. saya tahu. Sudah tua masih tengok kartun. Err.. excuse me. Cartoon yang dihasilkan daripada orang putih kurang dilayan, kecuali Avatar: the legend of Aang (ini kerana ceritera dongeng Asia yang adventurous penceritaannya). Kalau yang lain macam The Winx club.. sori la. Itu kalau ada anak perempuan rasanya baru la boleh join sekali. Kalau layan pun, rasanya macam Tintin atau Asterix & Obelix sahaja lah yang masuk dalam senarai.

Kebanyakan dalam senarai favourite adalah anime jepun. Mula-mula daripada tv series, seperti Card Captor Sakura (CLAMP product memang kawai!), Samurai X @ Rurouni Kenshin, Slayers dan Dragon Ball. Mecha series (siri robot) pun rasanya dulu tertunggu-tunggu Patlabor saja. Ingat lagi masa form 4 ke form 5, terburu-buru kejar bas nak balik rumah sebab nak kejar siri Daddy Long Legs. Banyak episod termissed sebab ada kelas tambahan dan bas pun lambat tiba di bus stand.

Iya.. orang kata kartun itu untuk kanak-kanak. Tapi, macam mana nak buat bila dapat tahu suami kaki download anime daripada fansite (zaman bujang dia la..). Hah!! Kerana dia lah bertambah-tambah minat menonton anime. Daripada Naruto ke Yakitate! Japan (atau Pantasia) ke Bleach dan... faham-faham lah ye. Kemudian bermastautin berhampiran tambak johor. Aduh... lagi la bertambah-tambah minat walaupun tak dapat mengikuti setiap malam rabu, khamis dan jumaat dengan tetapnya. Dan semenjak ada perubahan tv channel, lagi la mata tertancap di kaca tv setiap sabtu malam dan ahad malam (jika ditayangkan anime movie). Setakat ini cuma dapat mengikuti Brave Story dan the girl who leapt through time. Ada juga termissed beberapa anime sebab travelling ke sana sini. Jadinya, minat yang ini susah lah nak hilang!

(Misi terbaru: mencari anime movie yang dah menang award atau tersenarai sebagai calon. selalunya yang macam ini seronok ditonton dan dibuat koleksi selain daripada hasil Ghibli Studio macam Brave Story dan Steamboy.)


Monday, October 20, 2008

Cerita makan di Syawal

Masih tidak terlewat untuk mengucapkan salam lebaran pada 20hb syawal ni.

Dah masih ada lagi rumah terbuka yang akan dianjurkan sebelum akhir bulan menjelma.

Ertinya: akan sentiasa orang ajak makan free!!

Dan erti lain lagi: usaha mengurangkan pengumpulan lemak semasa ramadan akan digantikan dengan kolestrol yang masuk membuak-buak, sama seperti senario paip air utama yang pecah kat tepi jalan (alkisah gambaran bagaimana banyaknya makanan yang diambil.. hehe..)

Menu biasa yang dijumpa: Nasi beryani (satu kemestian bila acara rasmi diadakan di Johor), lontong (nama yang biasa orang sebut, walhal sebenarnya nasi impit dengan masak lodeh. Lontong itu sebenarnya macam ketupat, tetapi di dalam daun pisang), soto nasi/mihun/mi, sup, laksa johor (bukan faveret, tetapi kalau kena kuahnya, boleh tahan laju makan!)

Di kampung sendiri, marhaban (atau baraan ikut kata orang kat kampung) biasanya dibuat tak melebihi 10 syawal, paling-paling 5 syawal dah siap utk semua group i.e. bapa, ibu, anak bujang, anak dara dan kanak-kanak. Lain pula di bandar, biasanya waktu hujung minggu ataupun malam marhaban ini dijalankan. Lepas tu, tak kira lah pula open house utk rakan sepejabat, rakan-rakan lama, kawan-kawan anak sekolah etc. Nanti ada lebih, ada la yang bawa pi ofis, jamu orang kat ofis lak makan! (trimas KJ Hapsah utk mee kari last week dan nasi impit+masak lodeh hari ini)

Dan disebabkan big bos tak ada (pi blajar 2 bulan kat Eropah), so buat 'closed house' je. *gelak sakan* Sebenarnya, nak buka hamper yang supplier bagi, takkan makan jajan saje. Jadinya, adalah makan berat sikit. Lagipun, hari ini ada unit lain buat open house. Nyam-nyam... Sedapnya makan sate!!

(terjemahan: kolestrol!! kolestrol!!kolestrol!!)

Friday, September 26, 2008

Perkara: Kena Settle sebelum balik kampung!!!

Hari sebelum bermulanya cuti menyambut hari raya.

Ertikata lain:

Biskut choc chip tak buat lagi!!??

Nampaknya ada orang tak tido la malam ni. T_T

Well, sudah dekat 2 tahun bulan stay-up 24hrs berlalu (ie. masa pulun siapkan tesis). Entah la dapat bertahan atau tidak kali ini. Rasanya nanti pasti akan kedengaran: Ameekk...!!! Ameeekk!!!... (terjemahan: Umi.. Amin nak susu!!! Umi.. Amin nak susu!!!)

Ertikata lain lagi:

Sabtu adalah 'Shopping Sakan sebelum Balik Perak' Day. 0_o

Hubby tak ada baju raya lagi. (Gasp!!!). Baju raya Amin ada dua, putih cekak musang dengan merah teluk belanga (Trima kasih Nek Uda@ Cik Uji yang 'mengsponsor' baju berkenaan). Tapi warna tema tahun ni oren to peach shades. Mana la boleh beli kain 1/2 meter nak buat baju raya Amin. (Dah cuba kat Nagoya@Giant Plentong). Nak buat awal tahun, masa tu tgh suspens tunggu dapat putera ke puteri. So, play safe tak beli kain.

Jadinya, nanti Amin tak dapat menyertai Baju raya-hunt dan duduk kat rumah Nek Mu aje la yek.

Ertikata yang lain lagi:

Kena kemas rumah O_O


Iye la.. Kan nak balik bercuti lama. Rumah nye kena la bersih sket.

(Doubt that) ^_^

Tuesday, September 23, 2008

Raya Cookies 101

Tahun ni bersemangat nak buat kuih raya. Cuma ada 2 jenis je nak buat: Choc chip dgn gingersnap.
Tapi cabaran utama ialah macam mana nak buat dengan adanya Amin.

Hahh!!

So, dah mencari-cari resipi yang boleh buat 'slice & bake'. Tak pernah pun buat style camni. Slalunya either drop atau pakai acuan. Ada dapat yang pan cookie variation. Hmm.. tak pernah lak tgk camne rupanya.

Hasilnya: taubat tak nak buat pan cookie lagi. Cam brownies je rupanya. Kalau camtu lebih baik buat brownies aje la. Masuk tong sampah la kesudahannya.


ooookkkiiieeee....

Back to slice & bake style. Boleh la kot buat camni. Lagipun biskut halia favourite tu boleh buat camni. Dah siap bakar dah.. tinggal lagi 1 roll doh je tak terbakar-bakar sampai sekarang.

Rupanya, tak yah le nak compare dgn pro buat biskut raya. Memang tak bulat rupanya.Tak apa la. Asalkan rasa halia kaw-kaw!! ^_^

Sampai la ni tak terbancuh-bancuh choc chip mix lagi. Ntah le. Sempat ke tak nak buat.

Tak perlu risau sgt. Biskut tunjuk-tunjuk dah siap pun.

:)

Thursday, September 18, 2008

Window shopping: Go! Go! Go!

Dah jadi ibu camtu la agaknya:

Last week scenario @ UO Angsana

Sibuk cari pyjamas utk Amin. Ada la beberapa helai dibeli. Sebabnya dah lama tak beli yang baru. Nak beli saiz M, takut sekejap je pakai. So, belasah je lah saiz L. Gerenti boleh tahan lama sket. Ala... Amin pun sibuk main tak kisah nak minum susu n makan. Neneknya kata, tgh sibuk nak ringankan badan, tambah akal..

Hmm.. overall tu cam lawa. (Nota: saya memang gila tgk infant/toddler overall/jumper/romper). Tapi kalaulah si Amin bulat badannya, dah berpuluh-puluh romper suit agaknya umi dia belikan.

Hmm.. tak apa la. Tunggu dia setahun nanti aje lah.

Scenario semalam @ UO Kotaraya

Hmm.. rasa cam nak turun bawah kejap la. Cari sluar cerut baru la (sluar kain kapas, banyak didapati di sebarang jenama sukan). Tapi masuk ikut floor baby/ladies.

Haa!!! Ada sale! Overall slashed up to 50%! Selongkar..Yeay! Ada saiz. Cam besar ye. Hmm.. tak apa la. Boleh tahan lama kot.

Hmm.. baju tu boleh lah padan dgn overall. Ok. Amik ni skali.

Eh.. romper suit tu pun sama lah! Lawa lah! Yang lagi satu tak ada yang sleeveless lak. Hmmph.. amik ini skali lah.

Ok, dik. Resit ye.

Eh.. murah pula pyjama Pureen nih. Selongkar lagi. Siap sinsing lengan baju lagi.

Yes.. dapat 1 pasang.

So, pembelian hari ni, 1 overall, 1 t shirt, 1 romper dgn 1 set pyjama.

Kesimpulan:

Umi beli baju Amin lagi?? Soalan terbit dari hubby.

Well... that's what mother does pe.. :D

Tuesday, September 16, 2008

Summary: Febuari ke September 2008

Sudah lama tak menyinggah di sini. bukan tiada cerita hendak dikongsi, tetapi terlalu banyak perkara berlaku sehingga sukar nak memilih yang mana satu sesuai dikongsi bersama di dalam blog ini.

Pertama sekali, kelahiran cahayamata pertama pada Februari lepas. Ye.. terima kasih atas ucapan tahniah semua.. boy ke girl?? oh.. boy. Comel je orangnya. Sebiji muka abah dia. Sah! Memang anak abah la ni.. (^_^)

Cabaran memang lah ada. Cuma macam mana nak menanganinya itu lah yang betul betul mencabar minda. Sabar.. ha yang ni lagi satu susah betul nak dicapai. Darah muda kot!

Kemudian, balik semula ke alam pekerjaan, mak ooii!!! Kenapa la banyak betul kerja tak sudah-sudah ni??

Cuba mencari escapism (ye ke ejanye mcm ni?). Membaca buku. Oh no.. sekarang ni dah tak dapat nak dilakukan.Pegang Harry Potter & Goble of Fire untuk dibaca keberapa kali entahnya, mula la muncul scene hubby pegang si kecil yang tgh melalak, dgn muka toya. Hmm.. :( Harry Potter, Artemis Fowl dan Tiffany Aching (Discworld) dah terperap dalam toyogo box kat bilik stor, nun di belakang rumah.

Anime. Haha.. yang ni pun kadang-kadang saja terlaksana. Bleach dah habis tengok semua episod (yang ada buat masa ni)ataupun selalunya tak larat nak stay up untuk tengok Allen Walker dalam D.Gray-man (maaf ye, ni siaran dari Kota Singa..). Sabtu & Ahad pagi: tutup buku. TV tak akan dipasang sebab nanti leka tak terlayan si kecil pula(haha!!). Kalau tidak pun, dapat supply dari Alex-kun (domo arigato untuk Ghost in the Shell, Moyashimon dan Nodame Cantabile). Hubby dapat cari Ponyo on the Cliff by the Sea, tapi biasalah pirate-gred.. copy panggung.Blurred dah, tak faham jalan ceritanya. Kalau dah fed-up sangat, buka la koleksi Hayao Miyazaki's Howl's Moving Castle, Whisper of the Heart, Princess Mononoke ataupun Nausicaa. Cuma terkilan Spirited Away dah tiada dalam tangan lagi.

Window shopping. Dari suka menengok-nengok set cadar dah beralih ke babywear especially stokin dan rompersuit. Ntah la kenapa, suka tengok bayi pakai rompersuit.Napak kemas je. Haha.. naluri ibu agaknya. Teringin nak beli overall, tapi rasanya lagi elok tunggu sampai umur 1 tahun lebih. Firasat di hati kata, budak bawah 1 tahun tak payah la beli baju yang fancy sgt. ok.

Cabaran raya: sempat ke tak nak buat biskut raya?? Haaa.. ni memang asyik fikir je kat dalam otak. Nak beli rasa mcm tak berbaloi. Tapi nak buat biskut kena la ada assistant. Assistant jaga budak!

Wednesday, January 30, 2008

akhir bulan Januari..

Sudah berhabuk rupanya kotak antik ini. Almaklum, ingat yang satu tu, yang ini terlupa.

""Tak apa lah.. repost je la dari yang sana sebagai entree permulaan untuk tahun 2008
Dah pun masuk 2008, tahun hijriah pun bertukar kepada 1429. It mean I'm getting wiser! (read=older lah!)
So.. the misi dan visi tahun ni ialah nak pi naik bulan, pin nyelam dasar laut dan melepak-lepak di tepi pantai!
Haha... ye la tu. Basically, kena prepare mentally and physically for new situation. pastu, tgk wether my luck still running kat current position atau tak. Hmm.. kena cari hobi baru, kalau sempat la. Kena kurangkan ketagihan terhadap anime (if hubby tak asyik cari Bleach kat pasar malam lagi lepas ni).
Lagi?? Hmm.. banyak. Tapi rasanya tak perlu nak dihuraikan dengan lebih lajnut di sini. Kita tengok saja la nanti..""