Friday, December 12, 2008

Pisang oh... pisang


Favourite tea time snack, sarapan pagi dan bila-bila masa: goreng pisang.
Yum! Yum!

Rasanya hampir kesemua orang suka menikmatinya, kalau tak pun, mesti pernah merasanya. Teringat masa belajar dulu, budak-budak lab suka bebeno beli goreng-goreng ni. Dari Bangi sampai lah ke Johor Bahru, goreng pisang ni selalu tak miss dari senarai menu diet harian.

Kelazimannya bila singgah ke kebanyakan gerai, pisang nipah menjuarai senarai top seller berbanding pisang lain. Sama ada pisang ni lebih senang didapati ataupun cuma ada bekalan yang ini sahaja, tidaklah dapat dipastikan. Namun, yang bestnya sekarang ini boleh menikmati pisang tanduk kalau ke Mawar (gambar atas). Cuma kerana tak sanggup nak tunggu barisan, jarang lah pi Mawar semata-mata nak makan goreng pisang tanduk. Untungnya bulan ini tengah cuti sekolah, aman lah sikit nak ke sana.

Biasalah kalau beli goreng pisang di kat Johor ni, mesti ada sambal kicap. Kalau tak ada, mesti ditanya lah kenapa tak ada.


Bila bercakap pasal pisang tanduk, teringat masa hubby nak beli goreng pisang dan ubi satu ketika dulu. Dimintanya ubi, tapi jarinya lurus menunjuk ke pisang tanduk!!
(mata tertipu ingat hirisan pisang tanduk tu ubi lah agaknya)


(^_^)

2 Comments:

al-qamar said...

slurrrppp!!! pisang goreng cicah sambal kicap, bestnya...
aku baru tag ko. sila la melawat ke blog aku utk melihatnya. rajin2 buat la ek. saje seronok2... :)

Anonymous said...

saya nak mengucapkan selamat menyambut awal muharram 1430H & selamat tahun baru 2009 kpd pn jo & family. ada azam baru ke thn baru ni? ke nak sambung azam yg tak kesampaian tahun lps? :D