Tuesday, March 31, 2009

Cholestrol, Oats, Nasi Beryani & Pizza

Dah lama dah buat test, cuma tak kesempatan nak consult dengan bos pasal result tu. Dia sibuk memanjang, aku pong terlupa la jadinya nak tanya kat dia. Teringat sebab last week hubby ada appointment di OPD, aku dan Amin pula pi sekali sebab selesema dan batuk-batuk. Bila hubby kluar dari bilik MO, muka dia keruh sket.

'Kenapa?'

"Tengok lah.."

Rupanya dapat leaflet pasal pemakanan berkenaan dengan kolestrol.

Aikk...

Rupanya result darah dia level HDL dan total cholestrol dia tinggi.

Ish..ish...

Tetiba teringat la result yang terperam dalam beg. Bila check balik, hehe.. boleh tahan juga resultnya.

Hehehe.. nampaknya kena la jaga-jaga makan.

Lepas tu hujung minggu sibuk beli oat kat Tesco. 3 in 1 lah, yang masak segera lah.. macam-macam. Kononnya nak puasa, sebab tak hilang lagi selesema, tertangguh pula niat di hati.

Tapi yang bestnya, Isnin staf ada buat jamuan sempena kenaikan pangkat. Nasi beryani, ayam masak merah, dalca, acar timun lobak merah, popia, karipap, dadih, rojak buah. Hari ni pula rakan sekerja ajak makan pizza, belated birthday dia.

Tsk..tsk..tsk..

Diet???

Ada seorang staf yang baru naik pangkat dan ditempatkan ke working place kat sini ni membuat kenyataan " orang kat jb ni asyik maaakaann je!"

(^_^)

Tuesday, March 24, 2009

Block 'airways' sekali lagi.

Aduh.. kali ini memang kritikal hidung tersumbat berbanding sebelum ini. Mulut terasa kering, sebab dah mula tercungap-cungap macam ikan mas ambil nafas kat atas permukaan air.

Jumpa bos minta dia prescibe ubat. Dia ni memang tak suka prescribe antibiotik. Aku pula memang tak gemar makan antibiotik, sebab selalunya simptom yang cepat sangat jadi ni slalu suspek disebabkan virus. Makan le berjenis-jenis antibiotik dari kelas carbapenem ke, cephalosporin ker.. penicilin ker.. sama je result dia.

Dia bagi piriton. Tengok kat label farmasi tulis chlorpheniramine maleate. Sama la tu. Dan sama tak berkesan pun nak kurangkan hingus dengan last week. Chess!!! Buat rawatan wap air panas campur vicks rasanya lagi besh..

Bukan setakat diri sendiri, si kecik pong dah dua malam berturut-turut muntah time tido malam. Sebab malam kelmarin banyak sungguh, malam tadi uminya dah stand by awal-awal buat susu sket jer. Pastu bagi air suam. Memang le dia meragam, sekurang-skurangnya kurang lah isipadu muntah malam tadi. Yang pastinya, memang bukan tido malam yang nyenyak. Amin asyik meragam hidung sumbat, uminya pula asyik prot pret hembus hidung!

Monday, March 16, 2009

Hujan X Blocked "Airways"

Dah lebih dua minggu hidung tersumbat. Ni yang jenis tak ada banyak mukus, tapi persistent kat rongga hidung. Pergh... yang ni asyik buat pening kepala je. Sampai kena tegur mata merah. Merah mata tahan pening kepala dan tak dapat bernafas dengan lega.

Minta bos prescibe ubat, kat farmasi takde lak. Ada yang kurang kaw-kawnye. Makan serupa tak makan.

Si kecik pun sama. Tapi dia buat dono jer. Biasa lah, budak macam tu. Time tido barulah meragam. Bawa pi KK, setakat sirap paracetamol aje. Ubat lain takleh prescibe, toddler mana leh kena ubat kaw-kaw, MO siap buat lawak 'kena ketuk nanti!'. Rasanya dia maksudkan paed specialist kot.

Rasanya hari ni dah makin baik sket, sebab kurang rasa pening kepala. Walaupun kat luar sekarang ni tengah hujan lebat selebat-lebatnya.

Friday, March 13, 2009

Shhh!!!!

Senyap bukan bererti tiada cerita.

Senyap kadang kala bermakna tiada cerita yang sesuai untuk dikongsi bersama.

Senyap juga bermaksud tiada gambar baru yang gempak untuk semua lihat.

Berdiam diri kerana terlalu banyak ceritera yang tidak dapat diceritakan.

Dan juga.. terlalu banyak perkara yang yang lebih penting untuk diselesaikan.

Dan senyap juga membawa maksud tidak perlu berkata apa-apa jika tiada ada apa-apa untuk dikata.

Pendek kata, kadang kala senyap itu lebih bagus ceritanya!!!