Monday, March 16, 2009

Hujan X Blocked "Airways"

Dah lebih dua minggu hidung tersumbat. Ni yang jenis tak ada banyak mukus, tapi persistent kat rongga hidung. Pergh... yang ni asyik buat pening kepala je. Sampai kena tegur mata merah. Merah mata tahan pening kepala dan tak dapat bernafas dengan lega.

Minta bos prescibe ubat, kat farmasi takde lak. Ada yang kurang kaw-kawnye. Makan serupa tak makan.

Si kecik pun sama. Tapi dia buat dono jer. Biasa lah, budak macam tu. Time tido barulah meragam. Bawa pi KK, setakat sirap paracetamol aje. Ubat lain takleh prescibe, toddler mana leh kena ubat kaw-kaw, MO siap buat lawak 'kena ketuk nanti!'. Rasanya dia maksudkan paed specialist kot.

Rasanya hari ni dah makin baik sket, sebab kurang rasa pening kepala. Walaupun kat luar sekarang ni tengah hujan lebat selebat-lebatnya.

0 Comments: