Thursday, October 20, 2011

TV LCD dan drama korea

Bila set telesisyen di rumah telah diupgradekan kepada LCD flat screen tahun sebelumnya, terus terang saya akui memang kebanyakan fungsinya tak tahu digunakan. Daripada macam-macam jenis butang kat remote control tu, ada la beberapa yang fungsinya tak jelas. Hehee.. ye la, semua setting cik abang dah buat. Kita tukang on/off/tengok siaran sahaja. Nanti ada la surprise yang baru diketahui. "Ooo.. camtu ke". I'm sinking myself menjadi 'orang rumah' yang menyerahkan gajet-gajet canggih diuruskan oleh 'yang pakar'.

Sampai satu ketika dalam tahun ni. Masa tu tengah kemaruk mengikuti dram korean Dong Yi (harap maaf utk orang lain, siaran ni dari negara jiran yek!). Selalu perasan ada icon dual sound bila time cerita ni ke udara. Maksudnya boleh pilih nak menonton dengan suara original korea ataupun dubbing mandarin. Tapi macam mana ee nak dapatkan suara koreanya?

Hmmm... *pandang remote control*. Kemudian terperasan ada butang "dual I-II". Cuba tekan apa salahnya kan??

Eh... keluar bahasa korea laa!!!

Bestnya!!!

Cerita seterusnya.. faham-faham aje la. Asal time Dong Yi ke udara, confirm tekan butang "dual I-II" cari suara korea. Kadang-kadang Jumaat malam kalau nak layan cerita Jepun "Galileo", dapat la dengar suara Masaharu Fukuyama. Seronoknya!! (Again.. siapa yang duduk dekat-dekat dengan saya je boleh layan siaran negara jiran ee!). La ni dah diganti dengan Fugitive Plan B. Boring tengok Rain cakap mandarin kat 8tv, boleh la layan slot malam jumaat. Tapi disebabkan tak berapa suka jalan cerita drama ni, tak tengok pun tak apa la.

Cuma tak lama lagi pasti terkilan sebab cerita The Great Queen Seondeok baru ditayangkan . Dah la cerita ni sama jenis dengan Jewel In the Palace/ Dae Jang Geum dan Dong Yi, 60 episod panjangnya!! Waa... confirm bulan depan tak dapat lagi nak follow. Huhu.. Kenapa la rangkaian tv kat negara ni tak menawarkan dual sound. Pasti feeling menonton cerita korea lebih seronok!

(ini ada luahan hati orang yang tidak melanggan tv berbayar, yang mana tidak dapat melayan cerita korea yang tidak didubbing yang ditayang pada waktu kerja e.g. Pasta@tv2. harap maklum)

Sunday, October 16, 2011

Bila ada kerja..

Bila ditambah tolak, ada la beberapa hari lagi yang tinggal nak memulun kerja yang boleh la tahan peningnya. Kerja ni tak dapat diukur dengan banyak. Sebab walaupun banyak, tapi mudah ditangani, cepat saja siap. Kalau sikit tapi memerlukan tumpuan/komitmen yang tinggi, fuhh..!!! naik pinar biji mata mengadap skrin monitor/pening kepala nak jadi migrain/berasap punggung duduk lama-lama.

Dan membuat kerja yang lebih memerah otak/minda lebih memenatkan daripada kerja yang menggunakan banyak tenaga. Sebab bila penat badan, rehat/tidur secukupnya.. segar dah! Tapi kalau penat otak asyik berfikir, kecenderungan untuk melepaskan tension lebih kepada senaman rahang (baca: makan!). Alternatifnya, cuba minum air banyak-banyak. bagus juga, lagipun semenjak 2-3 hari ni rasa panas je. Kenyang air la jadinya.

Fuh..!!! Nampaknya kena buat schedule baru ni.

Saturday, August 27, 2011

Syawal dan Modem

Ok.. dah sampai penghujung ramadan ni, selamat menyambut syawal buat semua. Sori lama tak online sebabnya mudah je..: tiada modem. Hahaa.. tu la nasib kalau kongsi dengan cik abang. Sampai akhir tahun la jawapnya jarang-jarang dapat layar dunia maya.

Monday, August 01, 2011

Bazaar ramadan dan popia basah

Oleh kerana cuti umum hari ini, lebih baik balik ke rumah keluarga untuk menyambut bulan puasa. Haa.. ada perasaan seronok sedikit sebab boleh mencari juadah yang nak sangat dirasa-rasa iaitu popia basah.

betul, bukan nak kata tak ada popia basah kat bazaar ramadan yang bersepah sekitar rumah nunn.. tetapi nak cari yang sedap pada skala anak tekak ni susah dibuatnya. Mengenangkan popia basah kat bazaar kat rumah mak abah ni, ishhh.. kecur liur. Sampai juga hajat di hati, tertunai hari ini.

Tuesday, July 12, 2011

Angan angan dessertku..

Banyak sangat n3 dah save dalam minda.. tapi tak tertaip dalam blog.

(Huhhh.. alasan biasa).

Dari hari tu dok sibuk sangat puding roti, meh tengok jadi ke tak minggu ni. Roti dah standby kat tepi.

Oh.. puding roti. Meh tunggu sama ada kau menjadi di dapurku ke tak nanti.

Saturday, January 15, 2011

nasi beriyani kaw kaw??

Nasi beriyani???

Duduk di selatan semenanjung ni penat dah makan nasi beriyani. Kalau ada orang saja-saja ajak makan kat tempat lain, terima kasih ye. Boleh tak saya nak rasa masakan lain??

Wednesday, January 05, 2011

Kittens... lots of kittens

Bulan lepas, ramai sungguh penghuni rumah. Maksud di sini bukan merujuk kepada keluarga yang datang bertandang sempena cuti sekolah, tetapi kepada Felis catus a.k.a. domestic cat. Lebih tepat lagi ibu kucing dan anak-anaknya. Ala..bukannya fasal Jeli yang sibuk dok tayang tiga ekor anaknya kat depan rumah (mula dengan empat, kini tinggal tiga), ataupun adik beradiknya, Bubu yang menjadi kegemaran Amin yang suka masuk meninjau di dalam rumah. Di sini ceritanya berkisar kepada ibu kucing yang tidak dikenali yang membina keluarga di dalam rumah. Lebih tepat lagi, atas syiling di ruang tamu.

(bulatan merah - tu laaa tempat punca bunyi cakaran)

Alkisah terdengar bunyi macam cakaran pada syiling di ruang tamu. Ingatkan salah dengar. Tetapi asyik kerap dengar dan disusuli bunyi anak kucing mengiau. Mula-mula sangka si Jeli dah pindah tempat. Bila check dengan sepupu di rumah sebelah, lengkap empat ekor anaknya (pada masa itu) tak ada luak pun. Hmm... mesti ini ibu kucing lain..

Bila cik abang naik menjengah di atas, sah empat ekor anak kucing berumah di atas. Bulat lagi dari anak-anak di sebelah rumah. Ye la, tak kena uli dengan Amin hari-hari, sihat la badannya. Ibu kucing nya pula jenis takutkan orang.. Tak nak turun dapatkan anaknya kat bawah pun. Anak-anak kucing ini selamat diletakkan di dalam kotak dan ditempatkan di depan rumah. Cukup esok pagi, ibu kucing dah bawa semula ke tempat asal. Hei.. sabar je la..

(dua pasang - warna oren dan belang hitam.. kawaiii)

Pagi Isnin satu minggu sebelum tahun baru, tepat pukul 6.15 pagi, kecoh di atas syiling di ruang tamu. Kucing gaduh!!! Aishh.. mati laa anak-anak kucing tu, otak berfikir.. Bunyi kucing gaduh tu berlarutan untuk beberapa kali sampai sebelum nak pergi kerja. Isshh.. risau gak kalau nanti ada bangkai anak kucing kat atas nanti. Sempat pesan kat cik abang untuk check petang nanti.

Bila petang cik abang jengah di atas, dah tak ada bayang anak kucing hatta seekor pun. Entah la.. tak pasti sama ada dah kena paw dengan kucing jantan atau dah selamat dipindahkan ke tempat lain. Cukup la dengan Jeli seekor dok usung anak-anaknya ke sana sini. Kalau tidak, atas rumah ada anak kucing, buka pintu rumah pun ada anak kucing.. Banyaknya Felis catus!!!