Saturday, August 27, 2011

Syawal dan Modem

Ok.. dah sampai penghujung ramadan ni, selamat menyambut syawal buat semua. Sori lama tak online sebabnya mudah je..: tiada modem. Hahaa.. tu la nasib kalau kongsi dengan cik abang. Sampai akhir tahun la jawapnya jarang-jarang dapat layar dunia maya.

Monday, August 01, 2011

Bazaar ramadan dan popia basah

Oleh kerana cuti umum hari ini, lebih baik balik ke rumah keluarga untuk menyambut bulan puasa. Haa.. ada perasaan seronok sedikit sebab boleh mencari juadah yang nak sangat dirasa-rasa iaitu popia basah.

betul, bukan nak kata tak ada popia basah kat bazaar ramadan yang bersepah sekitar rumah nunn.. tetapi nak cari yang sedap pada skala anak tekak ni susah dibuatnya. Mengenangkan popia basah kat bazaar kat rumah mak abah ni, ishhh.. kecur liur. Sampai juga hajat di hati, tertunai hari ini.