Tuesday, March 24, 2009

Block 'airways' sekali lagi.

Aduh.. kali ini memang kritikal hidung tersumbat berbanding sebelum ini. Mulut terasa kering, sebab dah mula tercungap-cungap macam ikan mas ambil nafas kat atas permukaan air.

Jumpa bos minta dia prescibe ubat. Dia ni memang tak suka prescribe antibiotik. Aku pula memang tak gemar makan antibiotik, sebab selalunya simptom yang cepat sangat jadi ni slalu suspek disebabkan virus. Makan le berjenis-jenis antibiotik dari kelas carbapenem ke, cephalosporin ker.. penicilin ker.. sama je result dia.

Dia bagi piriton. Tengok kat label farmasi tulis chlorpheniramine maleate. Sama la tu. Dan sama tak berkesan pun nak kurangkan hingus dengan last week. Chess!!! Buat rawatan wap air panas campur vicks rasanya lagi besh..

Bukan setakat diri sendiri, si kecik pong dah dua malam berturut-turut muntah time tido malam. Sebab malam kelmarin banyak sungguh, malam tadi uminya dah stand by awal-awal buat susu sket jer. Pastu bagi air suam. Memang le dia meragam, sekurang-skurangnya kurang lah isipadu muntah malam tadi. Yang pastinya, memang bukan tido malam yang nyenyak. Amin asyik meragam hidung sumbat, uminya pula asyik prot pret hembus hidung!

0 Comments: