Tuesday, March 31, 2009

Cholestrol, Oats, Nasi Beryani & Pizza

Dah lama dah buat test, cuma tak kesempatan nak consult dengan bos pasal result tu. Dia sibuk memanjang, aku pong terlupa la jadinya nak tanya kat dia. Teringat sebab last week hubby ada appointment di OPD, aku dan Amin pula pi sekali sebab selesema dan batuk-batuk. Bila hubby kluar dari bilik MO, muka dia keruh sket.

'Kenapa?'

"Tengok lah.."

Rupanya dapat leaflet pasal pemakanan berkenaan dengan kolestrol.

Aikk...

Rupanya result darah dia level HDL dan total cholestrol dia tinggi.

Ish..ish...

Tetiba teringat la result yang terperam dalam beg. Bila check balik, hehe.. boleh tahan juga resultnya.

Hehehe.. nampaknya kena la jaga-jaga makan.

Lepas tu hujung minggu sibuk beli oat kat Tesco. 3 in 1 lah, yang masak segera lah.. macam-macam. Kononnya nak puasa, sebab tak hilang lagi selesema, tertangguh pula niat di hati.

Tapi yang bestnya, Isnin staf ada buat jamuan sempena kenaikan pangkat. Nasi beryani, ayam masak merah, dalca, acar timun lobak merah, popia, karipap, dadih, rojak buah. Hari ni pula rakan sekerja ajak makan pizza, belated birthday dia.

Tsk..tsk..tsk..

Diet???

Ada seorang staf yang baru naik pangkat dan ditempatkan ke working place kat sini ni membuat kenyataan " orang kat jb ni asyik maaakaann je!"

(^_^)

2 Comments:

al-qamar said...

HDL tu tergolong dlm kolesterol baik kan? hmm... dulu saya pun total choleterol level dah borderline tp sbb HDL level tinggi (LDL level lak memang sangat minimum), so tuan doktor kata takde masalah.

ye ke org jb asyik makan? org kat bangi ni pun asyik makan jugak, hehehe...

Jospecky said...

err... lupa da HDL ke LDL yang bagus. tapi kalau dah total cholestrol tinggi takut ler..

ala.. kat mana-mana memang sumer kuat makan lah!!!