Friday, April 10, 2009

Kasut.. oh kasut!

Sebenarnya awal bulan lepas dah pun beli sepasang kat kedai ****. Tapak getah, bukannya heel yang pattern selalu dibeli. Rasa-rasa boleh tahan lama lah ni. Kalau nak tahu, saya ni memang kalah dengan kasut baru (especially tutup habis). Mesti 1 minggu pertama melecet dan sakit kaki sampai lenguh dibuatnya. Oleh kerana memang kasut ni memang untuk buat kerja, main taram hari-hari pakai je kasut tu, tak kira lah sakit kaki ke tidak.

Masuk sebulan pakai, dah mula rasa selesa, tetiba buat hal pula. Mula-mula terasa pelik, sebab kenapa kasut sebelah kanan bila tumit kaki mececah lantai, terasa macam ada getah span lak. Bila dibelek-belek, ada belah di sisi sebelah dalam. Aisshh.. rupanya tengah tapak tumit tu lopong jer. mati-mati ingatkan solid tapak getah. Oleh kerana tengah rasa best pakai, belasah sahaja lah kasut tu.

Tak lama, sebelah kiri pun mengalami nasib yang sama. Laa... ni yang tak best ni. Rasa tak berbaloi beli kasut enam puluh ringgit, kualiti sampai dua bulan je. Tahu lah tak sampai seratus. tapi paling-paling pun mesti lah nak rasa boleh dipakai hingga 6 bulan, baru rasa ada berbaloi dibeli. Rasa macam nak beli yang harga beratus la pula (baca: leather shoes atau moccasin). Tapi nak tunggu dapat simpan duit untuk beli kasut harga macam tu, lama la pula. Kalau tak lama, duit tu dah lari ke keperluan lain. Lagi satu masalah, kebanyakan kasut kulit 2 ke 2 1/2 inci. La ni memang tak masuk senarai sebab memang tak suka tinggi sangat (baca : memang dah tinggi pun). Kalau moccasin pula dah terasa kasual pula (kecuali semasa menjadi mak buyung d:)walaupun ini merupakan seragam semenjak zaman belajar dahulu kala.

Jadinya, tengahari tadi merempit sekejap cari kasut. Dah agak kat Angsana ni tak banyak pilihan hati. Mungkin sebab fashion sense tak up to date (I'm stuck to my own style).Tapi beli juga sepasang. Bukan kerana best sangat kasut tu. Sebab PR promoter tu memang top-class. Banyak juga tip cara membeli kasut diberi. Sayangnya, kebanyakan kasut di kedai tu clashed dengan citarasa fesyen kasut sendiri. Susahnya jadi orang macam saya ni. Terlalu setia pada fesyen ituuuu je.

Kerana terlalu penat shoe-hunting pakai kasut kerja, kasut memandu tak ditukar langsung (saya suka pakai kasut moccasin bila bawa kereta). Lusuh pun lusuh lah.. Yang penting kaki ini dapat berehat seketika.



kasut moccasin yang sangat selesa dipakai walaupun lusuh.. legaanyaa kakii... (^_^)

2 Comments:

Hamba Miskin said...

salam..
nice blog..uhmm..igt saya lagi tak?ros budak mkrob jugak..anyway jenguk blog ni sbb link dgn zaza punya blog..

Jospecky said...

wslm..

ingat lg ada budak mikrob name ros..
kat mana skrg ni?