Thursday, April 16, 2009

Thursday Mayhem: dari sisi yang kelam kabut dan musang pandan

Bos takde.
Meeting dia di kl dilanjutkan lagi ke hari ini.

Huh oohh....


Rakan sekerja ambil cuti sempena bulan menyerbu LHDN.


Ok lah..


Tetiba..

'Puan.. ni phone call dari Perhilitan'

Aik??

"Puan, saya difahamkan tempat puan ada musang?"


Ok.. Apa kata kita patah balik awal pagi tadi..

Macam biasa, sampai ke tempat kerja, nak buka pintu bilik ofis kena melalui satu bilik. Buka je pintu bilik tu, dan macam hari-hari untuk sebulan yang lepas, bau harum pandan menyerbu ke hidung. Peh.. boleh tahan pening dibuatnya.

Bila lepas breakfast, dengar la staf-staf di ruang utama merungut, bau pandan kuat sangat. Oleh kerana sebelum ini dah pernah buat request kepada pihak konsesi, macam-macam lah cerita yang keluar. Sebenarnya musang itu dah ditangkap awalm bulan Mac. Sayangnya tidak diserahkan kepada pihak Perhilitan ataupun yang paling dekat dengan GH ni Zoo Johor, tapi dilepaskan di kawasan kubur Jalan Mahmoodiah. Laa.. kan itu masih lagi dalam kawasan dia mencari makan lagi. Sudah tentu la dia tahu jalan pulang. Lepas tu kita pun saja la komen kena panggil Perhilitan pasal isu ini. Lagipun musang ni kan haiwan terlindung. Ye lah.. sapa yang nak bayar saman nanti kalau ditangkap ada bangkai musang tu di dalam kawasan ofis? Teringat pula baru-baru ni ada orang kena saman dok bela kucing batu kat rumah dia masuk dalam berita.

Tak sangka-sangka, staf sorang ni ambil inisiatif telefon operator minta no telefon Perhilitan. Apa lagi, pagi-pagi buat urusan dengan orang Perhilitan. Yang bagusnya, tak sangka hari ni juga diorang sampai. Rupanya ada yang tengah pi lapangan sebab ambil musang kat tempat lain, jadinya singgah terus la kat tempat kerja ni. Kecoh sekejap lah tadi dibuatnya.

Si comel ini bukan 'teman' di tempat kitorang, tapi dari tempat lain. 'Teman' kitorang lagi besar, lebih kurang macam kucing jantan yang besar tu dan berwarna hitam. Tapi dia ni walaupun kecil, peminatnya ramai juga. Famous lah katakan.

2 Comments:

al-qamar said...

comel jugak musang pandan ni ye? dari mana agaknya musang ni datang...

p/s: barulah aku tau kenapa namanya musang pandan, hehe...

Jospecky said...

meh aa ke tempat keje kite.. baru la dapat real-life experience hasil sampingan si musang pandan ni..(^_^)

memang pkat sini kawasan tempat tinggal dia. Dah jadi haiwan urban area. Tapi bila dah target bumbung ofis tempat honeymoon suite (as what staf kata la), haru dibuatnya!!