Thursday, April 16, 2009

Thursday Mayhem: dari sisi yang tenang

Hari ini banyak betul acara yang perlu ditangani. Tapi mula-mula apa kata bercerita tentang satu email yang baruuu je dibuka sebentar tadi.

Ada kawan forwardkan email yang menyentuh tentang kehidupan. Cerita ini cerita lama. Tahun 2005-2006. Cerita tentang Katie Kirkpatrick yang mengidap kanser dan akhirnya membawa maut. Tapi bukan tentang kesedihan menanggung kesakitan, tetapi keindahan hidup yang dinikmatinya beberapa hari sebelum dia menghembus nafas terakhir. Cerita mengenai dia dan hari bahagianya berkahwin dengan high school sweetheartnya.

Cerita yang diforwardkan itu sebenarnya dalam bentuk gambar foto. Dan dalam email itu hanya sebahagian sahaja gambar diattachkan. oleh kerana tak puas hati, akhirnya google nama perempuan itu dan membawa kepada pautan ini.

Ini merupakan hasil kerjatangan Romain Blaquart dari Detroit Free Press dan salah satu daripada penerima anugerah Honorable Mention NPPA: Best of Photojournalism 2006 bagi kategori enterprise picture story (ocer 115,000 circulation).

0 Comments: