Monday, July 27, 2009

Sekotak koleksi DVD anime

Hujung minggu ni, suami isteri sama-sama naik asyik dok tengok dvd masing-masing (bergilir-gilir la). Hubby sibuk tengok koleksi cerita perancis 'Taxi' sambil buat side-project dia. Saya pula menyempatkan diri 'merasmikan' koleksi Ghibli Studio yang baru dibeli. Sebenarnya tak rancang pun nak beli. Mungkin sebab tengah boring giler, bila singgah ke kedai cd, eh eh.. terus laju je buat pembelian.


Dari My Neighbor Totoro sampai Ponyo. Ada sebahagian cerita bukan hasil Ghibli, tapi dimasukkan sekali. Tak apa lah. Boleh layan aje.


Bila dibelek-belek kotak koleksi dvd tu, hubby pun berkata: 'Brapa banyak Ponyo daaa???' (Sebab sebelum ni dah beli 2 dvd Ponyo, yang jelas giler copy panggung sebab nampak ada orang bangun!)Saya pun menambah lagi:' Ha ah eee.. (nada suara memerli).. ada brape banyak Pom Poko, Nausicaa, Laputa, Grave of Fireflies ee?? Itu koleksi awak, yang ni saya punya. Nak cari satu-satu bukannya senang sekarang ni. 'Oleh kerana banyak sangat cerita, saya pun memilih beberapa cerita secara rambang. Bila menonton Totoro, si kecil seronok betul menonton. Ye lah, sebab dalam cerita tu, dua orang budak perempuan tu buat seperti mana budak-budak sepatutnya buat: melompat sini sana, menjerit gembira sambil explore tempat baru. Lepas tu watak Totoro dan Catbus. Keluar le watak Bas Catbus, sibuk betuk Amin dok mengajuk bunyi kucing. Lepas tu tercari-cari si Amok. Suka benar budak seorang ni dengan kucing.

(Gambar Satsuki dengan Totoro dan Catbus@Neko basu)

Sebelum ni dah pasang Ponyo, tapi tak la ada respons macam ni sekali. Agaknya, ikan ni kurang menarik untuk si kecil, walhal colouring dia memang jenis kontras giler.(Ponyo dan adik beradiknya. Cerita ni memang sangat berwarna-warni!)

Lepas ni ada la modal nak pujuk budak. Pasang saja Totoro!

0 Comments: