Monday, October 20, 2008

Cerita makan di Syawal

Masih tidak terlewat untuk mengucapkan salam lebaran pada 20hb syawal ni.

Dah masih ada lagi rumah terbuka yang akan dianjurkan sebelum akhir bulan menjelma.

Ertinya: akan sentiasa orang ajak makan free!!

Dan erti lain lagi: usaha mengurangkan pengumpulan lemak semasa ramadan akan digantikan dengan kolestrol yang masuk membuak-buak, sama seperti senario paip air utama yang pecah kat tepi jalan (alkisah gambaran bagaimana banyaknya makanan yang diambil.. hehe..)

Menu biasa yang dijumpa: Nasi beryani (satu kemestian bila acara rasmi diadakan di Johor), lontong (nama yang biasa orang sebut, walhal sebenarnya nasi impit dengan masak lodeh. Lontong itu sebenarnya macam ketupat, tetapi di dalam daun pisang), soto nasi/mihun/mi, sup, laksa johor (bukan faveret, tetapi kalau kena kuahnya, boleh tahan laju makan!)

Di kampung sendiri, marhaban (atau baraan ikut kata orang kat kampung) biasanya dibuat tak melebihi 10 syawal, paling-paling 5 syawal dah siap utk semua group i.e. bapa, ibu, anak bujang, anak dara dan kanak-kanak. Lain pula di bandar, biasanya waktu hujung minggu ataupun malam marhaban ini dijalankan. Lepas tu, tak kira lah pula open house utk rakan sepejabat, rakan-rakan lama, kawan-kawan anak sekolah etc. Nanti ada lebih, ada la yang bawa pi ofis, jamu orang kat ofis lak makan! (trimas KJ Hapsah utk mee kari last week dan nasi impit+masak lodeh hari ini)

Dan disebabkan big bos tak ada (pi blajar 2 bulan kat Eropah), so buat 'closed house' je. *gelak sakan* Sebenarnya, nak buka hamper yang supplier bagi, takkan makan jajan saje. Jadinya, adalah makan berat sikit. Lagipun, hari ini ada unit lain buat open house. Nyam-nyam... Sedapnya makan sate!!

(terjemahan: kolestrol!! kolestrol!!kolestrol!!)