Saturday, May 22, 2010

Aaa?? Dah nak akhir bulan dah..

Sudah beberapa bulan blog tidak dikemaskini. Sebenarnya macam-macam nak diceritakan, tapi mesti lepas tu jadi blur kejap. Blur sebab.. bayak sangat yang difikirkan masa ini. Haha.. bersyukurlah sebab banyak berfikir tentang kerja yang tak siap-siap lagi tu. Sebab dengan adanya banyak kerja itu bermakna hari-hari bekerja untuk selesaikan perkara sebelum perkara baru datang untuk diselesaikan.

Selain blur, rasa tak terkejar nak update sebab tak ada masa nak duduk menghadap monitor sejam lebih untuk mengetuk papan kekunci. Sebab bila balik petang dari kerja dah penat memandu Neville, sampai rumah pula menghadap kerenah Amin, memang rasa nak lelap mata saja. Hujung minggu la rasa nak bersenang-lenang.

Nak update pakai gambo jer.. lagi la payah. Sebab tak sempat nak upload gambar, terus hilang semangat nak berblogging. Perrgh.. cabaran sungguh. Akhir ceritanya, surf sahaja blog rakan-rakan (walhal rakan-rakan tu bukannya ramai pun). Boleh juga la hilangkan stress.

Hahaa... buat cik moon, terima kasih atas award yang diberi. Nanti bila ada masa saya upload kat blog 'berhabuk' ni ee. Segan daa.. bukannya glamer pong blog ciput nih. Buat mek za, ganbatte!! Cabaran dengan askar-askar tanpa tuan general tu memang mencabar. Semoga anda melalui hari-hari dengan jayanya. Doakan saya tertambah rajin mengupdate blog ini ee!!