Thursday, October 20, 2011

TV LCD dan drama korea

Bila set telesisyen di rumah telah diupgradekan kepada LCD flat screen tahun sebelumnya, terus terang saya akui memang kebanyakan fungsinya tak tahu digunakan. Daripada macam-macam jenis butang kat remote control tu, ada la beberapa yang fungsinya tak jelas. Hehee.. ye la, semua setting cik abang dah buat. Kita tukang on/off/tengok siaran sahaja. Nanti ada la surprise yang baru diketahui. "Ooo.. camtu ke". I'm sinking myself menjadi 'orang rumah' yang menyerahkan gajet-gajet canggih diuruskan oleh 'yang pakar'.

Sampai satu ketika dalam tahun ni. Masa tu tengah kemaruk mengikuti dram korean Dong Yi (harap maaf utk orang lain, siaran ni dari negara jiran yek!). Selalu perasan ada icon dual sound bila time cerita ni ke udara. Maksudnya boleh pilih nak menonton dengan suara original korea ataupun dubbing mandarin. Tapi macam mana ee nak dapatkan suara koreanya?

Hmmm... *pandang remote control*. Kemudian terperasan ada butang "dual I-II". Cuba tekan apa salahnya kan??

Eh... keluar bahasa korea laa!!!

Bestnya!!!

Cerita seterusnya.. faham-faham aje la. Asal time Dong Yi ke udara, confirm tekan butang "dual I-II" cari suara korea. Kadang-kadang Jumaat malam kalau nak layan cerita Jepun "Galileo", dapat la dengar suara Masaharu Fukuyama. Seronoknya!! (Again.. siapa yang duduk dekat-dekat dengan saya je boleh layan siaran negara jiran ee!). La ni dah diganti dengan Fugitive Plan B. Boring tengok Rain cakap mandarin kat 8tv, boleh la layan slot malam jumaat. Tapi disebabkan tak berapa suka jalan cerita drama ni, tak tengok pun tak apa la.

Cuma tak lama lagi pasti terkilan sebab cerita The Great Queen Seondeok baru ditayangkan . Dah la cerita ni sama jenis dengan Jewel In the Palace/ Dae Jang Geum dan Dong Yi, 60 episod panjangnya!! Waa... confirm bulan depan tak dapat lagi nak follow. Huhu.. Kenapa la rangkaian tv kat negara ni tak menawarkan dual sound. Pasti feeling menonton cerita korea lebih seronok!

(ini ada luahan hati orang yang tidak melanggan tv berbayar, yang mana tidak dapat melayan cerita korea yang tidak didubbing yang ditayang pada waktu kerja e.g. Pasta@tv2. harap maklum)

Sunday, October 16, 2011

Bila ada kerja..

Bila ditambah tolak, ada la beberapa hari lagi yang tinggal nak memulun kerja yang boleh la tahan peningnya. Kerja ni tak dapat diukur dengan banyak. Sebab walaupun banyak, tapi mudah ditangani, cepat saja siap. Kalau sikit tapi memerlukan tumpuan/komitmen yang tinggi, fuhh..!!! naik pinar biji mata mengadap skrin monitor/pening kepala nak jadi migrain/berasap punggung duduk lama-lama.

Dan membuat kerja yang lebih memerah otak/minda lebih memenatkan daripada kerja yang menggunakan banyak tenaga. Sebab bila penat badan, rehat/tidur secukupnya.. segar dah! Tapi kalau penat otak asyik berfikir, kecenderungan untuk melepaskan tension lebih kepada senaman rahang (baca: makan!). Alternatifnya, cuba minum air banyak-banyak. bagus juga, lagipun semenjak 2-3 hari ni rasa panas je. Kenyang air la jadinya.

Fuh..!!! Nampaknya kena buat schedule baru ni.