Saturday, November 06, 2010

Aktiviti siang hari pada hujung minggu macam ni...

Cerita apa yang best sedang ditayangkan di pawagam??

*thinking*

Entah la. Dah lama tak belek jadual tayangan dan menjejak kaki semenjak ada hero kecil. Tengok cerita pun kalau cik abang beli cerita jenis dia jer (READ: Toy Story is not his TYPE)

Buku cerita apa yang terbaru dan best yer?

*thinking again*

Hmm.. tak pasti la pula. Dah lama tak pi MPH mahupun Popular/Harris. Nak cari cerita klasik macam Mary Poppins atau Tintin collector's edition pun tak menyempat. Siri Artemis Fowl pun dah terskip 2 buku..Bila la ada masa turun kl nak bertapa kat MPH tu. (READ: My life partner bukan ulat buku)

Ok la.. kat tv nanti ada program menarik apa pula ye?

*thinking again*

Ala.. time weekend siang-siang macam ni mana ada cerita best. Nak tunggu Grey's Anatomy malam nanti, Buzzer Beat esok pukul 3, eh.. malam ni Personal Taste, dan esok petang Harry Potter & Order of the Phoenix, plus Fringe season 2. Tapi semuanya nanti malam atau esok. Sekarang???? (READ: tidak melanggan ASTRO dan menikmati siaran percuma dari negara jiran)

U lala.. bukan ke ada merancang nak buat puding kastard coklat??

*thinking again*

Haishhh.. dah tak beli tepung kastard nak buat kastard coklat apa pula. Curah susu cair kat jeli dengan nata de coco sudah aje la!!!

0 Comments: