Saturday, November 06, 2010

Aktiviti siang hari pada hujung minggu macam ni...

Cerita apa yang best sedang ditayangkan di pawagam??

*thinking*

Entah la. Dah lama tak belek jadual tayangan dan menjejak kaki semenjak ada hero kecil. Tengok cerita pun kalau cik abang beli cerita jenis dia jer (READ: Toy Story is not his TYPE)

Buku cerita apa yang terbaru dan best yer?

*thinking again*

Hmm.. tak pasti la pula. Dah lama tak pi MPH mahupun Popular/Harris. Nak cari cerita klasik macam Mary Poppins atau Tintin collector's edition pun tak menyempat. Siri Artemis Fowl pun dah terskip 2 buku..Bila la ada masa turun kl nak bertapa kat MPH tu. (READ: My life partner bukan ulat buku)

Ok la.. kat tv nanti ada program menarik apa pula ye?

*thinking again*

Ala.. time weekend siang-siang macam ni mana ada cerita best. Nak tunggu Grey's Anatomy malam nanti, Buzzer Beat esok pukul 3, eh.. malam ni Personal Taste, dan esok petang Harry Potter & Order of the Phoenix, plus Fringe season 2. Tapi semuanya nanti malam atau esok. Sekarang???? (READ: tidak melanggan ASTRO dan menikmati siaran percuma dari negara jiran)

U lala.. bukan ke ada merancang nak buat puding kastard coklat??

*thinking again*

Haishhh.. dah tak beli tepung kastard nak buat kastard coklat apa pula. Curah susu cair kat jeli dengan nata de coco sudah aje la!!!

Friday, November 05, 2010

Biskut anyone???




Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata. Tidak berkenaan dengan Aidilfitri yang dah berlalu, Deepavali pada hari entry ini dibuat mahupun Aidiladha yang bakal menjelma. Gambar tu dah lama diambil dan dah lamaaaaa sgt tidak diuploadkan. Konon-konon nak buat siri entry bertemakan makanan. Biasa la, ada angin nak buat biskut datang, terus mencuba resipi yang dicari dari internet. terima kasih Hershey's Kitchen.Konon-konon laaa..niat di hati memang macam tu. Tapi tang dapat internet je, merambu surfing tempat lain.



(gambar diatas copyrighted from Disney Pixar)


Yeah Woody.. ke Sunnyside bukannya tak ok. Akhirnya semua dapat Bonnie yang super comel yang pandai sungguh bermain. Yep, memang sedih penghujung cerita ni. Sebagai peminat setia, sungguh terharu dan excited seketika apabila Totoro muncul!! Kawaiii... Rindu its big grin actually..


(Totoro hakcipta Studio Ghibli)

So, lepas ni resipi biskut apa pulak sempena tamatnya siri Toy Story yek??