Thursday, October 19, 2006

Copy Friendster Blog: "Oohh.. you had a bad day..."

Pernah tak mengalami satu hari di mana pada permulaannya dia bermula dengan begitu indah, namun bila beransur senja, tak semena-mena macam-macam hal tak terjangka berlaku."oo... you had a bad day.." layaknya seperti lirik lagu David Powter menyimpulkan keseluruhan hari tersebut. Tapi, jikalau nak dikata itu sangat 'happening' di sebelah pagi, tidak lah begitu. Cuma macam-macam yang tak diduga berkau di penghujung hari. Entahlah, kata orang, memang dah nasib nak jadi, jadi juga lah. kalau nak dijadikan pada hari itu waktu itu, terlupa satu perkara yang mudah sahaja, kenalah terima consequencenya.

*mengeluh* Bila orang dapat tahu, mesti fikir, "kenapa tinggalkan dalam kereta? lain kali bawa aje la..". Bukannya aku tak tahu, tapi masa itu dalam fikiran cuma ada satu solution untuk mengelak diri daripada terover belanja di bazar ramadan, yakni tinggalkan purse a.k.a. tinggalkan handbag dalam keter. Bukan tak biasa buat. Selaluuu.. sgt buat. Yang tak dibuat hanyalah satu lagi step bila tinggalkan handbag kat keter, ie sorokkan di tempat yang terlindung. Entah lah, kenapa dibiarkan di celah seat driver, dekat dengan gear. Memang lah itu spot feveret dia bila tgh memandu, tapi kemudian mesti diubah ke tempat yang lebih 'selamat'.
Huhuhu...

Melayanglah sebahagian bonus bulan ni (dapat separuh gaji cuz tak cukup setahun bekerja) gantikan cermin pintu belakang. IC, kad bank, tiket balik raya ke tempat hubby pun (yang paling penting buat masa ni nih!!!)... alhamdulillah, selamat!! Duit dalam purse pun tak terusik. Pheww.. syukur! Nape pula tak terluak yek?? Hmm…

Rupanya, apabila disiasat pada masa itu, dalam suasana hujan renyai mulai lebat, jarum jam pula menunjukkan pukul 6.30 ptg, tak sampai setengah jam lagi nak berbuka puasa (JB masuk waktu lebih awal dari KL), dan kepala sudah mula berdenyut-denyut sebab tensen tersangkut dalam traffic jam sejam sebelum tu, handbag tu tak dapat dicuri disebabkan satu perkara: tali handbag tersangkut pada handbreak!! Mesti pencuri tersebut nak cepat lari tapi handbag pula tak dapat diambil. Agak-agak ada keter lalu, jadi dia chow cepat-cepat. Ye la, parking keter tepi jalan (dekat dgn masjid, sebelah padang sekolah) yang boleh la dikira tak sunyi dilalui kenderaan. Natijahnya.. walaupun tak hilang semua dokumen penting, duitku tetap melayang pergi jua.. Walaupun kita setiasa berjaga-jaga, ada seketika pasti terleka. Dan dalam keterlekaan, pasti yang ambil kesempatan.. dan bila ianya berlaku… jangan le ternganga saje.
Uwaa!!!

Baru la nampak anda sebenarnya menyesal dengan kelekaan anda!!!

0 Comments: