Friday, October 06, 2006

Cut and paste?? Hmm....

Lama-lama surfing internet, terperasan sesuatu perkara. Rasnya dah lama dah benda ni tercetus di dalam minda. Cuma tak terzahirkan dalam bentuk kata-kata saje. Selalu saja timbul balik bila membaca forwarded email atau blog. Tapi, ntah le tah tergerak hati nak luahkan. Tapi, hari ini masih panjang. Mata tak mengantuk. Maka, jari pun laju mengetuk papan kekunci (ceh wah.. ayat BM lak, slalu guna keyboard jek). Nak tau ke apa yang nak dikatakan nih??
Plagiarisme atau senang citer kaedah 'cut n' paste' idea orang lain atau bahasa kasarnya, ciplak! Bukanlah nak menjadikan satu luahan bercorak akademik, tetapi lebih kepada menyentuh etika yang patut ada bila nak mempublishkan sesuatu idea yang terang-terang bukan berasal daripada perahan sel-sel otak sendiri. Bila lihat kebanyakan orang buat, ada artikel yang best-best. Apa lagi!!! Copy jer, pastu paste kat blog sendiri. Tada!!! Entry blog hari ini sungguh bermakna lagi membina minda, walhal disebaliknya, menjatuhkan maruah sendiri tanpa sedar hanya kerana terlalu teruja nak menampakkan blog sendiri dipenuhi dengan bahan bacaan yang pastinya menarik perhatian orang ramai, tetapi terlupa saru perkara yang boleh memperlihatkan tinggi nilai moral dalam diri sendiri dengan hanya menyebut ".. diambil dari bla..bla.. bla.. kat site.. http:// dot dot dot..." dan link urlnya sekali (kalau lah rajin). Adusss.. bukan nak kata, tetapi berdasarkan pengalaman sendiri bila join groups yang lebih bersifat global (Harry Potter fansite!??).
Bila diperhatikan, mereka ni sangat menjaga hak cipta masing-masing. Kalau tak semua, hampir majoriti yang berbuat demikian. Yang aku maksudkan ini lebih kepada fanart (art yang dihasilkan oleh fan tersebut). Dulu main save jer, tapi sekarang ni susah pula. Especially bila image tuh dah diprotect dan tak le dapat dibuat sesuka hati (terutama bagi mereka yang buta skil-skil camni, cam aku la!). Lepas tu, asal nak publish mana-mana artwork dari fan, aku mesti nak pastekan sekali url fan tersebut, sebangai penghargaan kepada mereka. At least, boleh juga promote hasil kerja mereka yang aku cukup enjoy. Contohnya, macam buat masa ni, aku guna gambo yang diambil dari Ruftoon. Ada la aku tenyeh skali add url dia. At least, bukan sembarangan amik je. Aku rasa la, even dia tuh tak akan faham apa yang blog aku contain, di rasa still ok la, sebab aku letak add url dia kat dlm image tsbt bila termasuk dalam blog aku nih.
Phew.. ok la kot.. dah lega sket hati ini.

0 Comments: