Thursday, October 19, 2006

Copy Friendster Blog: "Oohh.. you had a bad day..."

Pernah tak mengalami satu hari di mana pada permulaannya dia bermula dengan begitu indah, namun bila beransur senja, tak semena-mena macam-macam hal tak terjangka berlaku."oo... you had a bad day.." layaknya seperti lirik lagu David Powter menyimpulkan keseluruhan hari tersebut. Tapi, jikalau nak dikata itu sangat 'happening' di sebelah pagi, tidak lah begitu. Cuma macam-macam yang tak diduga berkau di penghujung hari. Entahlah, kata orang, memang dah nasib nak jadi, jadi juga lah. kalau nak dijadikan pada hari itu waktu itu, terlupa satu perkara yang mudah sahaja, kenalah terima consequencenya.

*mengeluh* Bila orang dapat tahu, mesti fikir, "kenapa tinggalkan dalam kereta? lain kali bawa aje la..". Bukannya aku tak tahu, tapi masa itu dalam fikiran cuma ada satu solution untuk mengelak diri daripada terover belanja di bazar ramadan, yakni tinggalkan purse a.k.a. tinggalkan handbag dalam keter. Bukan tak biasa buat. Selaluuu.. sgt buat. Yang tak dibuat hanyalah satu lagi step bila tinggalkan handbag kat keter, ie sorokkan di tempat yang terlindung. Entah lah, kenapa dibiarkan di celah seat driver, dekat dengan gear. Memang lah itu spot feveret dia bila tgh memandu, tapi kemudian mesti diubah ke tempat yang lebih 'selamat'.
Huhuhu...

Melayanglah sebahagian bonus bulan ni (dapat separuh gaji cuz tak cukup setahun bekerja) gantikan cermin pintu belakang. IC, kad bank, tiket balik raya ke tempat hubby pun (yang paling penting buat masa ni nih!!!)... alhamdulillah, selamat!! Duit dalam purse pun tak terusik. Pheww.. syukur! Nape pula tak terluak yek?? Hmm…

Rupanya, apabila disiasat pada masa itu, dalam suasana hujan renyai mulai lebat, jarum jam pula menunjukkan pukul 6.30 ptg, tak sampai setengah jam lagi nak berbuka puasa (JB masuk waktu lebih awal dari KL), dan kepala sudah mula berdenyut-denyut sebab tensen tersangkut dalam traffic jam sejam sebelum tu, handbag tu tak dapat dicuri disebabkan satu perkara: tali handbag tersangkut pada handbreak!! Mesti pencuri tersebut nak cepat lari tapi handbag pula tak dapat diambil. Agak-agak ada keter lalu, jadi dia chow cepat-cepat. Ye la, parking keter tepi jalan (dekat dgn masjid, sebelah padang sekolah) yang boleh la dikira tak sunyi dilalui kenderaan. Natijahnya.. walaupun tak hilang semua dokumen penting, duitku tetap melayang pergi jua.. Walaupun kita setiasa berjaga-jaga, ada seketika pasti terleka. Dan dalam keterlekaan, pasti yang ambil kesempatan.. dan bila ianya berlaku… jangan le ternganga saje.
Uwaa!!!

Baru la nampak anda sebenarnya menyesal dengan kelekaan anda!!!

Wednesday, October 11, 2006

blues hari selasa

ok.. there's nothing special today. tapi saja nak buat entry juga. Konon nak update la. Ingat nak tukar setting. But.. tak familair dengan rencah-rencah blog nih. ALmaklum, dah biasa sgt guna friendster, yang ni tak tau pula. Tak per.. karang minta tutorial dari along. tak pun dari org lain. sapa sapa nak tolong?? plzzzzz hehee..

Friday, October 06, 2006

Cut and paste?? Hmm....

Lama-lama surfing internet, terperasan sesuatu perkara. Rasnya dah lama dah benda ni tercetus di dalam minda. Cuma tak terzahirkan dalam bentuk kata-kata saje. Selalu saja timbul balik bila membaca forwarded email atau blog. Tapi, ntah le tah tergerak hati nak luahkan. Tapi, hari ini masih panjang. Mata tak mengantuk. Maka, jari pun laju mengetuk papan kekunci (ceh wah.. ayat BM lak, slalu guna keyboard jek). Nak tau ke apa yang nak dikatakan nih??
Plagiarisme atau senang citer kaedah 'cut n' paste' idea orang lain atau bahasa kasarnya, ciplak! Bukanlah nak menjadikan satu luahan bercorak akademik, tetapi lebih kepada menyentuh etika yang patut ada bila nak mempublishkan sesuatu idea yang terang-terang bukan berasal daripada perahan sel-sel otak sendiri. Bila lihat kebanyakan orang buat, ada artikel yang best-best. Apa lagi!!! Copy jer, pastu paste kat blog sendiri. Tada!!! Entry blog hari ini sungguh bermakna lagi membina minda, walhal disebaliknya, menjatuhkan maruah sendiri tanpa sedar hanya kerana terlalu teruja nak menampakkan blog sendiri dipenuhi dengan bahan bacaan yang pastinya menarik perhatian orang ramai, tetapi terlupa saru perkara yang boleh memperlihatkan tinggi nilai moral dalam diri sendiri dengan hanya menyebut ".. diambil dari bla..bla.. bla.. kat site.. http:// dot dot dot..." dan link urlnya sekali (kalau lah rajin). Adusss.. bukan nak kata, tetapi berdasarkan pengalaman sendiri bila join groups yang lebih bersifat global (Harry Potter fansite!??).
Bila diperhatikan, mereka ni sangat menjaga hak cipta masing-masing. Kalau tak semua, hampir majoriti yang berbuat demikian. Yang aku maksudkan ini lebih kepada fanart (art yang dihasilkan oleh fan tersebut). Dulu main save jer, tapi sekarang ni susah pula. Especially bila image tuh dah diprotect dan tak le dapat dibuat sesuka hati (terutama bagi mereka yang buta skil-skil camni, cam aku la!). Lepas tu, asal nak publish mana-mana artwork dari fan, aku mesti nak pastekan sekali url fan tersebut, sebangai penghargaan kepada mereka. At least, boleh juga promote hasil kerja mereka yang aku cukup enjoy. Contohnya, macam buat masa ni, aku guna gambo yang diambil dari Ruftoon. Ada la aku tenyeh skali add url dia. At least, bukan sembarangan amik je. Aku rasa la, even dia tuh tak akan faham apa yang blog aku contain, di rasa still ok la, sebab aku letak add url dia kat dlm image tsbt bila termasuk dalam blog aku nih.
Phew.. ok la kot.. dah lega sket hati ini.

Wednesday, October 04, 2006

copy: Blues hari Rabu..

aduh.. penatnya hari ini. Tapak kaki dah pun mula sakit. Pening kepala, baik yang secara fizikalnya mahupun secara mentalnya, dua-dua pening. Tak sangka pula hari ini akan menjadi sebegini rupa.
Apa nak dikata, dah namanya kerja. Takkan la setiap hari macam tu saja. Mesti ada masa-masa tertentu akan jadi sedikit havoc. Happening gitu. Barulah namanya hidup bermakna!! Ececeh.. pandai cakap saja. BIla berdepan dengan situasi sebenar, ada masa boleh mati akal dibuatnya. Masa tu la, teruji kepantasan otak berfikir mencari jalan penyelesaian. Penyelesaian yang bukan setakat jangka masa pendek, atau asal boleh je. Kena cari satu jalan yang mana di akhir citer nanti, tak akan timbul lagi banyak masalah!! itu le cabaran.. Jgn ditanya Aiman, nanti dijawabnya, Aiman tak kisah!