Tuesday, February 24, 2009

Diari perjalanan ke kt. siri 1

Sebenarnya sudah lama hubby nak mengambil saki baki barangannya di rumah rakan sekerjanya dahulu di Terengganu, asyik tak berkesempatan saje. Sampailah ketika rakan tersebut dapat berpindah negeri, maka ad-hoc travelling terpaksa dilakukan juga.

Hmm..

Nak angkut barang ni, takkan lah nak bawa si kecik?

Jadinya, terpaksa juga lah balik ke rumah mak abah di KL dan titipkan si kecik dengan atuk neneknya. Yang bestnya pula, pergi time taipusam lak tu. ish... mencabar betul bawa kereta time kesesakan nih (eleh.. bukannya kita pong yang bawa kereta tuh)

Yang di bawah ni merupakan sebahagian daripada rakaman yang diambil sepanjang perjalanan pergi dan balik Batu Caves - Kuala Terengganu.


Sehari sebelum taipusam. Masa ni dah habiskan masa 2 jam sahaja nak sampai ke MRR2 ni dari arah BBS-Simpang FRIM/Kepong. Bahang gile.. Mana taknya, kluar rumah pun dekat waktu tengah hari. Masa ni dah banyak kereta parking berdekatan dengan Batu Caves.


Fuh... lega bila dah masuk ke lebuhraya karak. Trafik lancar dan tak banyak kereta.

Masa ni dah masuk LPT, sebelum kena giliran bawa kereta. Bila bawa kereta fobia sungguh nak menyampaikan ke susur keluar ke Maran, sebab eksiden bawa kereta hubby selepas susur tu lah dua tahun lepas.

Bukan salah kita ee... Minah kereta **** tu panik nampak pakcik polis buat speedtrap bawah jambatan susur keluar, dari line kanan trussss je masuk line kiri tak tengok-tengok side mirror (hipotesis lain: kitorang kat blind spot dia, pesal tu la konfiden jer main masuk line kiri).

Bang!!!!

Kereta hubby tak teruk sangat, nasib di langgar kat bahagian tayar depan. Kereta dia la bersepai fog lamp, pecah radiator dan kemek giler bahagian depan. Hasil langgar sisi kiri kereta dia ke kereta hubby dan sisi kanan kereta dia menghentam penghadang jalan. Perrrgh... geleng kepala pakcik polis trafik masa nak ukur jarak kereta.

Sejuk tau jari bila dah dekat dengan kawasan tu. Bila dah dekat jer..


dan dah semakin hampir...


dah melepasi kawasan susur keluar Maran...


...fuh.. lapangnya dada!! Hilang rasa takut tuh.

Pagi di Kuala Terengganu. Subuh-subuh keluar kacau orang nak pi kerja & sekolah sebab nak cari breakfast.


Shot yang lain



Masa ni tengah isi minyak kat mobil. tak ada kerja..


hari ahad, on the way balik kl.


kali ini ikut jalan pantai, sebab nak singgah cari sata kat kemaman.



eh.. ada kapal laut laks. sempat juga capture dalam hp.

1 Comment:

al-qamar said...

jo... boleh tambah income jadi photographer free lance ni :)