Friday, February 20, 2009

Food galore: Bon appetite!!

Makan..

Makan...

Makan..

.. dan makan ..


Entah sudah berapa kali pinggan diambil oleh cik waitress, dan entah sudah berapa kali memusing di meja buffet memikirkan apa lagi yang lazat untuk dijamah. Semalam, makan malam stail buffet dianjurkan untuk unit. Mata pula dah jadi rambang, tak sangka pilihan desert dan appetizer nya sungguh beraneka.

Dan bila perut beransur dipenuhi hingga ke takat maksima, baru teringat rupa bentuk kelazatan dan kesedapan santapan lupa nak dirakam. Jadinya, yang ada di sini adalah antara entry yang terakhir yang dijamah..



Ais kacang member sebelah meja. Berwarna warni, tetapi entah kenapa tak tertarik untuk mencuba.



Dessert staf yang duduk di belakang kerusi. Puding di sebelah kanan bawah itu memang best. Mango pudding merupakan favourite yang akan sentiasa dicari bila ada kesempatan makan di hotel.

Choc cake yang superb! Keknya gebu, lembut dan terasa coklatnya, dengan topping coklat yang enak sekali. Sayangnya, tak larat nak ambil second serving sebab dah kekenyangan.


Ha... appetizer (ke cold serving? ntah le apa kategorinya..) yang menjuarai pinggan aku pada malam itu. Ntah berapa kali dok berulang. Sebenarnya ini seafood, pada pandangan mata macam kepala sotong (tak tau le kalo baby octopus) dalam sos yang merah menyala tetapi manis dan sedap bila dimakan bersama hirisan lemon. Yum.. yum..rasa masam dan manis.



Ahaa... bukan ke ni favourite penyanyi dari pahang tu? Choc-coated strawberry. Ni sebenarnya salah satu hiasan choc cake yang superb di atas tadi. Tapi yang paling suka buat marshmallow coated with chocolate. Ada la dua tiga cucuk buat lagu tu (disediakan marshmallow dicucuk dengan lidi sate) Maaf ye, terlupa nak rakam rupa bentuknya.

Kesudahannya, balik memandu dalam keadaan yang sangat kenyang dan mata yang mengantuk.
Mengantuk kerana perut yang kekenyangan!

3 Comments:

z.r.k.z said...

jo! aku kan salah alamat blog la. padanla aku kata ko x update..kahkah.. aku yg x ingat yg ko ade blog baru :P

al-qamar said...

alamak, dah lama giler tak makan chocolate cake you!!!

hai la cik puan zatur rawihah ni... cemana buleh tak ingat tu :D

jo, aku ada tag ko, kalau rajin buat le.. kalau tak rajin, takyah buat :D

Jospecky said...

zaza: tu la pelik bebeno.. dah lama habaq blog yang lagi satu tuh dah berabuk daa..(^_^)

moon: mek, camne main tag ni ee?? tak reti eden.. almaklum, bukannyer pandai pong berblogging nih!

(",)