Wednesday, February 18, 2009

Warzone: Annihilation of the Aedes, Culex & Co.

KKM tahun ini telah isytiharkan perang terhadap denggi, terutamanya si pembawa virus itu.

Pergh.. duduk di kawasan yang saban hari banyak kes dilaporkan, rasa pelik juga kalau tempat kediaman tak diselubungi dengan wasap buatan berbau diesel. Mesti akan kena juga la akhirnya..

Ikut kata AKS (akronim Ahli Kaji Serangga) di Pejabat Vektor Negeri merangkap abahnya Amin alias Hubby, fogging perlu dilakukan, kalau tak silap lah, dalam 200 meter radius dengan rumah kes sebagai titik punca pada hari yang sama kes dilaporkan (rasanya macam tu lah.. ingat-ingat lupa pula la).

Berikut adalah salah satu acara fogging yang telah berlaku akhir bulan lepas..


Nampak la kelibat Neville yang tersadai di dalam.. wasap putih hasil daripada aktiviti fogging yang sedang dijalankan di depan pintu utama rumah.. Masa ni tengah 'menyelamatkan diri' di dalam Cik Siti Honda.



Situasi rumah kediaman yang habis diselubungi wasap putih.. Ikut kata AKS lagi (alias abahnya Amin a.k.a. Hubby), sebenarnya langkah yang betul fogging rumah ialah dengan menghalakan nozzle alat fogging di depan pintu utama rumah agar wasap masuk dalam keseluruhan rumah. Dengan ini, pastinya nyamuk-nyamuk tidak berkesempatan untuk menyembunyikan diri.

Rasanya elok juga, sebab lepas tu, semut yang sebelum ini bermaharajalela di dalam rumah, tak kira atas meja, dapur, mahupun bilik air, bergelimpangan di sana sini.

Cuma yanga tak bestnya, malam tu juga lah aku jadi amah mop lantai!!

2 Comments:

Anonymous said...

amah mop lantai?sungguh sesuaiiii!!!
hehehe

Jospecky said...

chesssh!!!