Thursday, February 26, 2009

Diari perjalanan ke kt. siri 2 (akhir)

Kalau dalam entry sebelum ini lebih kepada cerita sepanjang perjalanan, kali ini lebih kepada ceritera dalam bandar KT.

So, pagi ahad selepas bersarapan di bandar (yang mana memang tak kenyang sebab tak enjoy makan), aku pong memujuk hubby untuk mencari makanan sampingan yang lain. So, dia pun menuju ke pekan batu 6, sebab dia dah biasa ke sana.


Bila dah parkir kereta dan nak keluar mencari sarapan kali kedua, ternampak la haiwan comel seekor ni tengah melepak kat tempat yang best: pondok telefon.


Siap membersihkan diri lagi...


Yang membuat mata tak lepas memandang kucing seekor ini sebab mata dia dok kecikk je masa duduk dalam pondok telefon tuh. Memang macam kucing buta...

Rerupanya dia tu tengah silau.. sebab bila dah terjun dari tempat tu, elok aje matanya besar..

cess... tertipah tipu..



Lepas ronda-ronda beli keropok lekor kat Losong, hubby pong truss menuju ke arah Muzium (Masa ni tengah protes kat hubby sebab tak pernahnya dia bawa mengunjung tempat menarik ni). Dari sana ada la jalan pi ke Masjid Kristal. Hubby kata: Dulu ni jalan mati sampai kat Muzium jer..

Sebenarnya yang berkobar-kobar sightseeing ni dia le. Sebab masjid ni siap lepas dia pindah ke selatan.



Oleh kerana kesuntukan masa, tengok taman tamadun islam dari luar jek. Sian kan..

Maka cuma ini sahaja lah yang dapat dirakam..



dari luar pagar...



.. dan dari luar pagar lagi..



dan kesini kereta dibawa...



..dan selepas kereta diparkir, kami pong menuju ke arah ini..

Tu dia... nampak dah masjid dari jauh..




Tetiba ternampak sesuatu dalam air..


ler... sampan karam rupanya. Betul-betul dekat dengan masjid.. Apa lagi, ambil je gambar.



Masa ni memang tengah terik. Tapi bila ambil gambar memang cantik jadinya..



Close up..



Lepas tu siap ambil gambar syiling di kaki lima masjid.

Ish..ish...

So, setakat itulah yang dapat dilawat dalam masa yang singkat. Ikutkan hati nak balik lagi awal. Disebabkan ada pesanan nak sata dari Kemaman, hubby pula kata nanti awal sangat tak dapat, so jadi pengunjung sekejap la.

Yang buat jadi tension sebab bila dah sampai Kemaman, gerai favourite dia dua-dua dah habis!! (reserved untuk orang yang datang makan jer)

1 Comment:

cHekGu r!N@ said...

to KT wif my baby ... huhuhu tn punyer x dpt ikut.